HomeIsu tempatanOrang ramai dipelawa meriahkan Biz Market Madani 2024 esok

Orang ramai dipelawa meriahkan Biz Market Madani 2024 esok

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai sekitar bandaraya Kota Kinabalu dipelawa untuk hadir memeriahkan program Biz Market Madani 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula esok.

Program yang akan diadakan di ruang legar Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing itu dijangka akan dirasmikan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah Delin Liet Blaun.

Pelbagai aktiviti dan program telah disusun atur sepanjang penganjur program berkenaan selain cabutan tiket bertuah turut diadakan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetanggan (KRT) Likas Selatan yang juga pengerusi penganjur Mariah Takin berkata, program yang diadakan itu bertujuan bagi memberi ruang kepada para peniaga kecil menjana pendapatan selain berinteraksi bersama pengunjung yang hadir.

“Acara yang kita sediakan untuk pengunjung khususnya pertandingan yang melibatkan kanak-kanak diharap akan dapat meningkatkan lagi rasa percaya terhadap keyakinan pada diri mereka.

“Pendek kata, program ini bukan sekadar jualan semata-mata, kita terapkan konsep penyertaan untuk semua dan kebersamaan sebagaimana yang dihasratkan dalam konsep Malaysia Madani,” katanya.

Antara aktiviti yang bakal diadakan pada program itu termasuklah perkongsian produk kesihatan; demo Tupperware; mewarna batik; peragaan kain batik dan pelbagai aktiviti lain.Kota Kinabalu : Orang ramai sekitar bandaraya Kota Kinabalu dipelawa untuk hadir memeriahkan program Biz Market Madani 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula esok.

Program yang akan diadakan di ruang legar Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing itu dijangka akan dirasmikan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah Delin Liet Blaun.

Pelbagai aktiviti dan program telah disusun atur sepanjang penganjur program berkenaan selain cabutan tiket bertuah turut diadakan.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetanggan (KRT) Likas Selatan yang juga pengerusi penganjur Mariah Takin berkata, program yang diadakan itu bertujuan bagi memberi ruang kepada para peniaga kecil menjana pendapatan selain berinteraksi bersama pengunjung yang hadir.

“Acara yang kita sediakan untuk pengunjung khususnya pertandingan yang melibatkan kanak-kanak diharap akan dapat meningkatkan lagi rasa percaya terhadap keyakinan pada diri mereka.

“Pendek kata, program ini bukan sekadar jualan semata-mata, kita terapkan konsep penyertaan untuk semua dan kebersamaan sebagaimana yang dihasratkan dalam konsep Malaysia Madani,” katanya.

Antara aktiviti yang bakal diadakan pada program itu termasuklah perkongsian produk kesihatan; demo Tupperware; mewarna batik; peragaan kain batik dan pelbagai aktiviti lain.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular