HomeUtamaSYBIL sahut cabaran KM agar terus beri sumbangan kepada pembangunan dasar ekonomi...

SYBIL sahut cabaran KM agar terus beri sumbangan kepada pembangunan dasar ekonomi Sabah

Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Pemimpin Muda Perniagaan dan Industri Sabah (SYBIL) menyahut cabaran Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menggesa agar mereka terus menyumbang ke arah pembangunan dasar untuk kebaikan ekonomi Sabah.

Presidennya, Ar. James Wong berkata, susulan gesaan Ketua Menteri itu, Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) SEAC dan SYBIL tidak membuang masa untuk bekerja dalam menggerakkan pemain industri dari seluruh Sabah termasuk Sandakan, Tawau, dan Kota Kinabalu untuk berbincang cadangan dasar praktikal dan penyelesaian dengan topik industri Pelancongan dan Acara Mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) pusingan pertama ini.

Beliau berkata demikian semasa Bengkel Pembangunan Dasar MICE & Pelancongan anjuran SEAC dan SYBIL untuk membantu membangunkan cadangan dasar untuk dibentangkan kepada Kementerian Pelancongan di Menara Kinabalu semalam (25 Sept).

James berkata, topik yang dibincangkan termasuk pembangunan menyeluruh hospitaliti, Food and Beverage (F&B), acara, hiburan, pemasaran, infrastruktur, pembangunan produk, modal insan, memperkemas kelulusan, lesen dan peraturan.

“Ia merupakan sesi yang hebat dan produktif di Menara Kinabalu di mana banyak tunggak utama telah dibincangkan, idea dan penyelesaian inovatif yang menarik telah dicadangkan untuk disusun menjadi cadangan dasar rasmi untuk Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Sabah yang diterajui Datuk Christina Liew pada minggu-minggu berikutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut James, akan ada bengkel masa depan seperti ini yang melibatkan sektor industri lain.

“Justeru, kami mengalu-alukan sebarang idea dan input yang hebat untuk membangunkan Ekonomi Masa Depan Sabah,” ujar beliau.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular