HomeUtamaDBKK terus beri penekanan terhadap persekitaran bersih, pembudayaan hidup sihat

DBKK terus beri penekanan terhadap persekitaran bersih, pembudayaan hidup sihat

Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) amat prihatin dan menekankan pentingnya persekitaran bersih serta pembudayaan hidup sihat dalam memantapkan kesihatan komuniti.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, ia adalah selari dengan visi ‘Kota Kinabalu Sejahtera’ dan misi DBKK untuk Menjadikan Kota Kinabalu Sebuah Bandaraya Yang Bersih, Hijau dan Berdaya Huni.

“Objektif program kita pada kali ini adalah untuk meningkatkan kesedaran berhubung penjagaan kebersihan dan keselamatan makanan dan menerapkan amalan dan budaya tandas bersih.

“Selain itu ia juga dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan pelajar dan guru tentang pencegahan penyakit bawaan LiLaTiN (Lipas, Lalat, Tikus dan Nyamuk) selain meningkatkan kesedaran tentang pemeliharaan anjing yang bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena majlis perasmian Program Kesedaran Kesihatan Persekitaran ‘Sekolah Sihat, Komuniti Sejahtera’ di Sekolah Menengah (SM) All Saints, di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pengarah DBKK Sr Lifred Wong.

Sabin berkata, program yang dilaksanakan itu juga turut menggalakkan pengurangan penggunaan beg plastik selaras dengan Kempen ‘Hari-Hari Bawa Beg Bah’.

Justeru beliau berharap objektif pelaksanaan program itu akan dapat dicapai melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang program dilaksanakan.

“Penjagaan kebersihan persekitaran adalah tanggungjawab kita bersama dan bukan hanya terletak kepada DBKK sahaja.

“Justeru itu, saya berharap para pelajar dan guru-guru dapat menjaga dan meningkatkan kebersihan kawasan persekitaran terutama sekali di dalam dan luar kawasan sekolah. Jika warga sekolah sihat, ini sudah pastinya akan menyumbang ke arah komuniti yang sihat,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular