HomeUtamaGISBH : Semua premis berkaitan di Sabah, Sarawak tutup dan tidak beroperasi

GISBH : Semua premis berkaitan di Sabah, Sarawak tutup dan tidak beroperasi

Read Time:59 Second

Kuala Lumpur : Semua premis berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di Sabah dan Sarawak telah ditutup dan tidak beroperasi susulan Op Global dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, meskipun premis tidak beroperasi namun pihaknya akan terus memantau bagi memastikan individu yang terlibat dapat dikenal pasti dan dibawa untuk di dakwa.

Katanya, bagi memastikan mereka dibawa ke muka pengadilan, PDRM telah mengadakan sesi mesyuarat bersama pelbagai agensi kerajaan untuk meneliti situasi semasa pengoperasian premis berkenaan di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, mesyuarat itu melibatkan wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Hasil mesyuarat mendapati premis berkaitan dengan GISB di Sabah dan Sarawak telah ditutup dan tidak beroperasi. Maka dicadangkan supaya agensi-agensi yang terbabit mengambil tindakan untuk menggeledah dan menyita premis itu mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 3/1995 dan Seksyen 16a Akta Pusat Jagaan 1993 bagi premis di Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Razarudin berkata, tindakan sama akan dibuat di Sarawak mengikut Seksyen 44 Ordinan Tatacara Jenayah Syariah (Sarawak) dan Seksyen 16a Akta Pusat Jagaan 1993.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular