HomeUtamaEksesais Samudera Perkasa Timur perkukuh kebolehoperasian & persefahaman bersama komuniti maritim

Eksesais Samudera Perkasa Timur perkukuh kebolehoperasian & persefahaman bersama komuniti maritim

Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU: Eksesais Samudera Perkasa Timur 2/2024 merupakan Eksesais Bersepadu yang telah dilaksanakan kali ke-2 antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Menerusi satu kenyataan media dikeluarkan Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Timur Kota Kinabalu hari ini, eksesais ini telah dilaksanakan di Kota Kinabalu bermula 23 hingga 27 September 2024 dengan melibatkan dua buah kapal TLDM iaitu KD Kelantan dan KD Rencong serta sebuah Pesawat Helikopter Maritim (HOM).

Manakala Maritim Malaysia melibatkan empat buah kapal iaitu KM Adil, KM Bistari, KM Stapa dan KM Renggis.

Selain itu, eksesais kali ini turut melibatkan elemen daripada Pasukan Khas Laut (PASKAL) TLDM dan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia dalam siri latihan High Risk Visit, Board, Search and Seizure (VBSS).

Tema eksesais bagi siri kali ini adalah Peperangan dan Search and Rescue (SAR) selaras dengan six years roadmap (2023 – 2028) yang telah dibangunkan.

Rancangan aktiviti yang dilaksanakan meliputi Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut yang terdiri daripada Subject Matter Expert Exchange (SMEE), Table Top Exercise (TTX) dan Field Training Exercise (FTX).

Terdahulu, eksesais telah dirasmikan oleh Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Mohd Norizal Fahrudin pada 25 September 2024 manakala semalam telah berlangsungnya Majlis Penutup eksesais yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Pelaksanaan Eksesais Samudera Perkasa Timur 2/2024 ini dilihat merupakan platform terbaik untuk memperkasakan aspek kebolehoperasian dan persefahaman komuniti maritim secara bersama dalam menentukan kestabilan dan keamanan serantau khususnya di Laut China Selatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Sebahagian tanah SFI akan dikeluarkan untuk penduduk di Tenom

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular