HomeUtamaBajet 2025 : Kerajaan Sabah fokus bantu golongan B40, tangani kos sara...

Bajet 2025 : Kerajaan Sabah fokus bantu golongan B40, tangani kos sara hidup yang semakin meningkat

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Belud : Kerajaan Sabah akan memberi fokus bagi membantu rakyat khususnya kepada golongan B40 pada Bajet Negeri 2025.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kerajaan akan mencari jalan bagi membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat terutama.

“Fokus bajet kita pada 2025 lebih kepada membantu rakyat dalam golongan B40. Kita tahu salah satu daripada isu atau masalah yang sering kita dengar adalah kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Kita akan mencari jalan bagaimana sedikit sebanyak bajet pada tahun hadapan ini memberi tumpuan kepada orang kata, bagaimana membantu tapi mengurangkan tekanan hidup dikalangan mereka yang digolongkan sebagai B40,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikian Mesyuarat Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tempasuk di sini hari ini.

Dalam pada itu,ketika ditanya mengenai kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Masidi yang juga Timbalan Presiden Gagasan Rakyat berkata, kerjasama itu hanya kemungkinan yang dilontarkan sebilangan pemimpin parti politik.

“Itu kemungkinan. Bukan satu fakta yang hanya dilontarkan beberapa pemimpin, ia terbentuk sebagai satu kemungkinan. Kita boleh juga lontarkan kemungkinan-kemungkinan yang lain.

“Dalam politik ini, kita tidak ada pelbagai kemungkinan politik atau kemungkinan dalam gabungan. Jadi buat masa ini, saya fikir, selagi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri belum dibubar, belum ada kepastian siapa yang bergabung dengan siapa. Jadi lebih baik kita dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita akan turun dalam pilihan raya itu nanti sebagai GRS,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular