HomePolitikPRN-17: Isnin sedia pertahan kerusi DUN Klias

PRN-17: Isnin sedia pertahan kerusi DUN Klias

Read Time:1 Minute, 5 Second

Beaufort : Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Klias Datuk Isnin Aliasneh sedia untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Beliau yang juga penyandang kerusi itu yakin masih mendapat sokongan akar umbi di kawasan berkenaan.

“Untuk di (DUN) Klias pada PRN akan datang, insyaAllah selagi diperlukan saya akan pertahankan kerusi Klias,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian Klias di sini semalam.

Mesyuarat dirasmikan Naib Presiden 1 Gagasan Rakyat Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Ketika diminta mengulas mengenai persediaan bagi menghadapi PRN ke-17, Isnin yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, bahagian itu sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa.

“Saya telah mengarahkan semua cawangan peringkat sayap-sayap supaya siap siaga. Di peringkat cawangan kita minta supaya perkasakan ahli-ahli dan pastikan ahli-ahli kita pengundi di kawasan itu. 

“Kalau cawangan dia di Pusat Daerah Mengundi itu pastikan ahli itu mengundi di kawasan kita. Jadi kita tidak serabut lagi kita punya pengundi. Kita punya ‘war room’, bilik gerakan saya sudah arahkan bersiap siaga. 

“Alhamdulillah Klias ke arah itu dan kita harap kita akan mempertahankan kerusi Klias malah Parimen Beaufort juga. Kita bersedia untuk bertanding di Parlimen Beaufort,” katanya. –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Gagasan Rakyat yakin rampas kerusi DUN Karambunai pada PRN17 – Arshad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular