HomeUtamaKerajaan GRS-PH banyak bantu golongan muda dalam pendidikan

Kerajaan GRS-PH banyak bantu golongan muda dalam pendidikan

Read Time:1 Minute, 43 Second

Putatan : Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH) berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif bantuan khususnya kepada golongan belia sepanjang tempoh empat tahun sebelum ini.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas Mohd Isquzawan Israq Datuk Seri Arsit berkata, ia termasuklah bantuan dalam bidang pendidikan yang menjadi salah satu hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Seperti mana yang saya nyatakan, sememangnya banyak kemudahan, bantuan yang telah disalurkan daripada Ketua Menteri kita, antaranya beliau memfokuskan ke arah pendidikan khususnya orang muda seperti bantuan-bantuan BUDI, BAKTI dan sebagainya.

“Yang terbaharu dan menarik, beliau baru-baru ini telah menaikkan lagi jumlah pembinaan Rumah Mesra SMJ daripada 20 buah kepada 40 buah bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Petagas di sini semalam.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali.

Isquzawan berkata, semua inisiatif yang dilaksanakan merupakan hasil perancangan dan pengurusan yang baik di peringkat Kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata, Gagasan Rakyat)l Bahagian Petagas turut menyuarakan harapan agar sekurang-kurangnya 30 peratus wakil anak muda dinamakan sebagai calon parti itu pada PRN17.

Katanya, langkah itu adalah bagi memastikan sokongan yang diharapkan daripada pengundi muda, khususnya melalui UNDI 18 selari dengan keputusan parti.

Menurutnya, tidak salah untuk meminta supaya lebih ramai anak muda dicalonkan pada PRN17, memandangkan golongan berkenaan adalah pelapis pemimpin negeri yang bakal mengambil alih tanggungjawab mentadbir negeri pada masa depan.

“Memandangkan Gagasan Rakyat ataupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini kita nampak memfokuskan ke arah pelapis anak-anak muda, jadi tidak salah untuk kita mengetengahkan agar anak muda diberi peluang bertanding di kawasan tertentu pada PRN17.

“Kerana apa yang penting apabila kita berkata kita perlukan sokongan anak-anak muda, anak muda mesti memberi sokongan tetapi kalau ia tidak diterjemahkan dalam pilihan raya nanti, maka sokongan dan anak muda akan beralih arah. 

“Jadi itulah, sekurang-kurangnya kena wujud mungkin 30 peratus atau lebih pengundi muda yang akan bertanding mewakili Gagasan Rakyat atau GRS pada PRN akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kecekalan Rafida boleh dijadikan contoh dan pencetus semangat untuk berjaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular