HomeUtamaSabah komited untuk memastikan persekitaran media yang adil dan saksama.

Sabah komited untuk memastikan persekitaran media yang adil dan saksama.

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah komited untuk memastikan persekitaran media yang adil dan saksama di negeri ini selain memastikan semua suara didengari serta pandangan dihormati

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia termasuklah menghormati dan melindungi kebebasan akhbar yang dilihat penting untuk kemajuan sosial dan pembangunan demokrasi.

“Kerajaan negeri bertegas dalam hal ini. Justeru, kami akan terus menyokong penganjuran secara tahunan Kinabalu Press Award untuk mempromosikan kecemerlangan kewartawanan dan menggalakkan bakat baharu.

“Wartawan dan organisasi media juga bertanggungjawab untuk mendukung etika, termasuk mengesahkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, menyediakan liputan seimbang merangkumi semua perspektif. Ini akan memastikan laporan kekal adil dan objektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kinabalu Press Award (KPA) 2024 di Hotel Hilton di sini semalam.

Hajiji berkata, pelaporan yang bertanggungjawab memberi kesan kepada integriti berita dan turut berasa gembira mengetahui bahawa media di Sabah, secara amnya, telah menunjukkan sokongan dengan melaporkan semua agenda pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri hari ini.

Justeru, katanya adalah penting untuk memperkukuh perkongsian pintar dalam menyebarkan maklumat yang jelas dan tepat kepada rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, KPA yang bertemakan ‘Progress Through Smart Partnership’ adalah tepat kerana beliau percaya kerjasama antara pengamal media dan Kerajaan Negeri adalah penting dalam menyebarkan maklumat mengenai agenda pembangunan negeri, khususnya pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

“Pengamal media di Sabah, melalui laporan mereka, boleh memberi tumpuan kepada pembangunan kritikal yang paling memberi kesan kepada negeri dan rakyat selain melaporkan isu-isu lain yang sama penting,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji berkata Kerajaan Negeri berbangga untuk terus menjadi penaja utama KPA.

“Saya berharap dedikasi pengamal media terus berada pada tahap tertinggi dalam melaporkan berita yang benar, sahih dan tepat,” katanya.

Beliau turut memuji Shell, Petronas, Qhazanah Sabah Berhad dan terbaru SMJ Energy Sdn Bhd kerana menaja KPA.

“Saya berharap lebih ramai akan mencontohi usaha mereka untuk menyokong industri media,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular