HomeUtamaUMS,UiTM Sabah diminta kenal pasti pelajar kurang berkemampuan untuk terima bantuan

UMS,UiTM Sabah diminta kenal pasti pelajar kurang berkemampuan untuk terima bantuan

Read Time:1 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Sabah diminta untuk mengenal pasti pelajar-pelajar kurang berkemampuan mendapat bantuan sewajarnya.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia bagi memastikan tiada pelajar ketinggalan dalam mengikuti pengajian diperingkat lebih tinggi.

“Saya telah menerima banyak mesej mengenai cabaran yang dihadapi oleh sebahagian daripada anak-anak siswa yang baru atau sedang berdaftar di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Negara, dan saya mengambil maklum akan perkara ini.

Mustapha Sakmud

“Salah satu kes yang benar-benar menyentuh hati saya ialah kisah adik Rafida Zaiddin dari Sandakan yang mendaftar di UMS, Kota Kinabalu dengan membawa karung guni sebagai bagasi.

“Ini menunjukkan kecekalan dan kuatnya semangat adik Rafida untuk menyambung pengajian walaupun dalam keadaan serba kekurangan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, Kementeriannya juga komited untuk memastikan kebajikan pelajar terjaga sepanjang pengajian.

“Bagi anak-anak siswa yang bakal mendaftar di IPTA dan Swasta seluruh negara, saya juga ingin mengingatkan supaya jangan ragu dan segan untuk menghubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di universiti masing-masing sekiranya memerlukan sebarang bantuan. 

“Pelbagai bantuan Kementerian sediakan mengikut keperluan anak-anak semua. Tinggal kenalpasti dan mohon. InsyaAllah ada penyelesaiannya.

“Teruskan semangat menuntut ilmu, percayalah usaha dan pengorbanan ini akan membuahkan hasil. Selamat maju jaya dalam pengajian. Kami di KPT sedia membantu,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular