HomeUtamaKouta 35 peratus wakil Parlimen untuk Sabah,Sarawak akan terus dituntut

Kouta 35 peratus wakil Parlimen untuk Sabah,Sarawak akan terus dituntut

Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah akan berusaha untuk menuntut dari Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan kouta satu pertiga atau 35 peratus kerusi di Dewan Rakyat kepada negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah berbincang dengan kerajaan Sarawak berhubung tuntutan kerusi itu dan sudah diusulkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA) 12 September lepas

Katanya, tuntutan kerusi itu turut dipertimbangkan dengan mengambil kira keadaan kawasan, kedudukan serta keluasan negeri ini.

“InsyaAllah kita kena tengok dari segi keadaan kawasan, kedudukannya dan luasnya untuk Sabah.

“Ini adalah untuk menseimbangkan apabila kita membuat sesuatu, perkenal sesuatu perlembagaan di dalam Parlimen untuk memastikan kepentingan wilayah Sabah n Sarawak juga diambil kira.

“Memang kita perlu, tetapi untuk menjadikan satu kerusi Parlimen itu, bilangan pengundi atau penduduk mesti juga diambil kira, takkan satu Parlimen undinya 20,000 sahaja, ini sebagai contoh.

“Jadi kita akan terus meminta dan berbincang dengan kerajaan Persekutuan mengenai perkara ini, InsyaAllah ada pertambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditnya mengenai proses tuntutan Kouta 35 Peratus Kerusi Parlimen di Sabah.

Sementara itu, Hajiji menyatakan bahawa kerajaan bukan menidakkan peluang anak golongan kaya atau berkemampuan untuk mendapatkan subsidi pendidikan namun perlu memberi fokus kepada golongan yang lebih memerlukan.

“Kita akan bantu mereka yang amat memerlukan terutama mereka yang kurang berkemampuan, jadi itu menjadi satu keutamaan kepada kerajaan, bukan kita menidakkan peluang bagi mereka yang kaya yang ada kemampuan, tetapi keutamaan itu mesti diberi kepada mereka yang amat memerlukan, yang kurang berkemampuan,”katanya.

Terdahulu, Hajiji menghadiri Majlis Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dikhuatiri hilang di sungai semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular