HomePolitikPRN17 SABAH: GRS berpeluang rampas kerusi DUN Sekong dari Warisan

PRN17 SABAH: GRS berpeluang rampas kerusi DUN Sekong dari Warisan

Read Time:1 Minute, 16 Second

SANDAKAN; Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat mempunyai peluang merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong daripada parti Warisan dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

” Secara peribadi saya melihat GRS tidak mempunyai masalah untuk menyumbangkan satu kerusi baharu di kawasan Sekong, ” menurut Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Masiung Banah.

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Sekong di Dewan Masyarakat Sandakan yang dihadiri lebih 1,000 perwakilan dan pemerhati, kelmarin.

Sebagai Penyelaras Gagasan Rakyat Zon 10 Parlimen Batu Sapi, Kinabatangan dan Sandakan, beliau optimis kerusi DUN Sekong berpotensi besar menjadi milik GRS pada PRN ke-17 akan datang.

” Walaupun, Sekong yang kini diwakili pembangkang, tetapi rakyatnya tidak boleh dibiarkan terus terasing tanpa adanya peruntukan kerajaan menerusi Wakil Rakyat.

” Tambahan lagi Warisan kini dalam keadaan terhimpit selepas memperlihatkan mutu pentadbiran hambar ‘ala Semporna’ selepas empat tahun lalu mendapat peluang menerintah selama 22 bulan, ” tambahnya.

Di Parlimen Batu Sapi, slogan ” DUN Karamunting kita pertahan, Sekong kita tawan ” telah diciptakan sebagai pencetus semangat para pemimpin dan penyokong GRS.

Masiung yakin, Gagasan Rakyat Bahagian Sekong yang diketuai, Safarudin Abu dilihat telah membina kekuatan sebagai kuasa besar parti itu bagi membantu GRS meraih kemenangan di kawasan itu.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berbangga,, Gagasan Rakyat Sekong adalah antara yang terawal membentuk jentera pilihan raya pelbagai peringkat termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Beliawanis.

Dengan kekuatan lebih 200 cawangan dan 7,000 lebih ahli parti itu di Sekong, Masiung yakin kerusi Warisan di kawasan itu dapat ditawan.

RELATED ARTICLES
PolitikUtama

Pemimpin PKR Sabah Ingatkan UMNO Jangan Sombong dengan kemenangan Besar di...

Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular