HomeUtamaTanam rumput laut bantu pemuliharaan, pemeliharaan alam sekitar

Tanam rumput laut bantu pemuliharaan, pemeliharaan alam sekitar

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Memahami kepentingan meningkatkan penangkapan karbon biru di lautan, Jetama Sdn Bhd mengambil inisiatif menganjurkan Program Penanaman Rumput Laut dengan kerjasama Jabatan Sains Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia di Pulau Sepanggar baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama, Ahmad Naim Uddang berkata, projek rintis tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) syarikat tersebut.

“Projek ini bakal menjadi model kajian dan diperluaskan ke kawasan lain yang akan dikenal pasti di sekitar Sabah pada masa akan datang.

“Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa memandang ke hadapan, kami percaya bahawa tanggungjawab korporat dan kelestarian alam adalah penting untuk kejayaan jangka panjang syarikat.

“Kami percaya melalui Program Penanaman Rumput Laut Jetama ini, ia akan membantu pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar serta mengurangkan kesan perubahan iklim dengan meningkatkan penangkapan karbon dasar laut dan secara langsung melindungi ekosistem marin,”ujarnya.

Tambah Ahmad Naim, melalui program berkenaan, Jetama bukan sahaja memenuhi tanggungjawabnya kepada alam sekitar, tetapi turut mencipta nilai lestari untuk para pemegang taruh dan seterusnya memelihara dan memulihara habitat marin.

“Rumput laut merupakan penyumbang utama kepada karbon biru – karbon yang ditangkap dan disimpan oleh ekosistem marin.

“Rumput laut menyerap karbon dioksida sehingga 35 kali lebih cepat daripada hutan hujan, menyimpannya di akar dan sedimen, yang membantu mengurangkan perubahan iklim.

“Selain penangkapan karbon, rumput laut juga menyokong kehidupan marin seperti penyu hijau dan dugong, meningkatkan kualiti air dengan menapis sedimen, serta melindungi kawasan pantai dengan menstabilkan dasar laut dan menghalang hakisan,”kongsinya.

Program selama lima hari tersebut bermula pada 23 September lepas, melibatkan 15 orang sukarelawan yang terdiri daripada penyelam profesional dari Kota Kinabalu dan Semporna, serta penduduk kampung dari Pulau Sepanggar, yang menyumbang secara signifikan kepada usaha di lapangan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh, suspek berjaya ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular