HomeUtamaTidak sangka boleh viral, terima kasih semua yang membantu - Bapa Rafida

Tidak sangka boleh viral, terima kasih semua yang membantu – Bapa Rafida

Read Time:1 Minute, 5 Second

Sandakan : “Tidak sangka semua ini boleh viral, kami ucapkan terima kasih kepada semua yang membantu anak saya, tiada terkecuali,” kata Zaiddin Hamid,46.

Zaiddin merupakan bapa kepada Rafida Zaiddin,19, yang sebelum ini tular selepas membawa beg karung untuk memuatkan barang-barang peribadi bagi mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sabtu lalu.

Bapanya yang bekerja sendiri mengakui terkejut dengan kisah anaknya yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Kami tidak sangka, kalau kami tahu kami tidak buat (tidak pakai) karung itu, saya punya anak pun terkejut, dia cakap kenapa viral.

“Dia bilang ada hikmah juga ini video-video viral. Harapan saya mudah-mudahan dia berbakti kepada ibu bapa, menjadi anak yang baik, berbakti pada negara dan juga Masyarakat,” katanya.

Beliau turut berharap agar anaknya dapat terus kekal ditempatkan di kolej kediaman agar dapat meringankan bebas kos kewangan khususnya dari segi penyewaan penginapan termasuk pengangkutan.

“Harapan saya agar dia terus kekal diasrama, sebab kalau keluar daripada asrama, kosnya terlalu banyak difikir, pasal kalau dia menyewa diluar , pengangkutan lagi akan difikirkan kosnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak khususnya Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan pihak pengurusan UMS.

Anaknya Rafida kini melanjutkan pengajian di UMS dalam jurusan perakaunan di Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan. – SABAH MEDIA / MYCOMMUNITY NEWS SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

157 pelajar sekolah menengah terima BMYS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular