HomeSukan206 peserta Climbathon bakal 'takluk' Gunung Kinabalu Ahad ini

206 peserta Climbathon bakal ‘takluk’ Gunung Kinabalu Ahad ini

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Seramai 206 peserta dari 17 buah negara bakal ‘menakluk’ Gunung Kinabalu pada acara Climbathon Antarabangsa Gunung Kinabalu yang akan berlangsung di Taman Kinabalu, Kundasang Ahad ini.

Peserta yang menyertai akan bersaing dalam larian pendakian setinggi 4,095 meter menerusi tiga kategori dipertandingkan bagi merebut hadiah wang tunai sehingga RM77,700.

Antara kategori dipertandingkan adalah Lelaki Elit yang disertai 74 peserta; Wanita Elit (60 peserta) dan Lelaki Veteran (72 peserta).

Selepas tujuh tahun tidak diadakan, perlumbaan melibatkan jarak laluan yang mencabar sejauh 26 kilometer itu akan menampilkan beberapa peserta lama dan baru dalam usaha merebut gelaran dan hadiah wang tunai RM8,000 bagi setiap kategori.

Malaysia menjadi antara negara teramai menghantar peserta iaitu seramai 155 orang dan diikutI Brunei (16); Singapura (7); Filipina (4); Perancis dan Jepun masing-masing tiga peserta manakala negara –negara lain menghantar satu hingga dua peserta.

Bagi peserta tempatan, peserta dari Sabah menjadi antara negeri tertinggi menghantar jumlah peserta teramai iaitu seramai 84 orang dan Selangor 33 orang serta Kuala Lumpur (13).

Pada 2017, pelari Sabah Safrey Sumping dan atlet dari Filipina Sandi Menchi Catlona Abahan memenangi gelaran Lelaki dan Wanita Elit untuk dua tahun berturut-turut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS serah sumbangan kepada 16 KIR terjejas kebakaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular