HomeUtamaMUIS, PBNS salur sumbangan kepada 11 KIR terjejas kebakaran di Likas

MUIS, PBNS salur sumbangan kepada 11 KIR terjejas kebakaran di Likas

Read Time:59 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 11 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas dengan insiden kebakaran di perkampungan setinggan Jalan Lembaga Padi, Lorong Burung Keleto, Likas, Isnin lalu menerima sumbangan berupa wang tunai dan bakul makanan.

Sumbangan yang disalurkan Pusat Zakat Sabah (PZS) Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) itu disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan itu Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad; Pengerusi PBNS Datuk Dr Omar Raisul As Salam Syah dan Ketua Pegawai Eksekutif PBNS Ismail Mohd Adnan.

Arifin berkata, sumbangan yang disalurkan itu adalah bagi membantu meringankan beban keluarga terlibat khususnya dalam menyediakan keperluan seperti pakaian, makanan dan lain-lain.

“Sumbangan melalui MUIS dan PBNS diharap dapat meringankan sedikit sebanyak keperluan mangsa-mangsa terlibat dan diharap keluarga terlibat juga tabah menghadapi dugaan ini,” katanya.

Dalam kejadian itu kira-kira jam jam 12.47 tengah hari itu telah meragut lima mangsa termasuk seorang bayi dan tiga kanak-kanak.

Semua mangsa ditemui rentung dalam bilik mandi salah sebuah rumah yang terbakar dalam kejadian itu.

Kebakaran dilaporkan membabitkan empat rumah dan sebuah gerai. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kehadiran Fahmi Reza di Kota Kinabalu: Provokasi atau Kebebasan Bersuara, soal...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular