HomeUtamaPelbagai inisiatif pendidikan disediakan bantu pelajar B40 lanjut pengajian

Pelbagai inisiatif pendidikan disediakan bantu pelajar B40 lanjut pengajian

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu pelajar khususnya dari golongan B40 untuk melanjutkan pengajian terutama ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia termasuklah Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) yang diteruskan bagi edisi ketiga.

“Seperti yang kita sedia maklum juga, terutama Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini ada beberapa masalah yang timbul. Terutama semasa pendaftaran dan tular di seluruh negara. Kita mahu sampaikan kepada ibu bapa di luar sana bahawa untuk UniversitI Awam (UA) terutamanya, pendaftaran dan yuran pendaftaran jangan risau. Yang itu kalau tidak mampu, kita boleh tangguhkan.

“Yang kedua, kita ada beberapa skim yang kita tawarkan kepada pelajar-pelajar, antaranya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan juga SULUNG.

“Bagi mereka yang memohon melalui UPU online, pelajar boleh mohon minta wang pendaftaran PTPTN sebanyak RM1,500, itu ramai yang tidak tahu dan SULUNG pula adalah khusus untul membantu mereka dalam golongan B40 terutama yang ada eKASIH ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program ‘Talk To Us’ sempena pendaftaran pelajar baharu UMS di Dewan Canselor di sini hari ini.

Mustapha berkata, program SULUNG memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.

Katanya, program ini juga memberi penawaran pengecualian yuran universiti kepada individu pertama dalam kalangan keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama untuk menyambung pengajian di UA.

“Ertinya mereka layak untuk memohon dan dipertimbangkan. Malah yuran pengajian tidak perlu bayar sepanjang pengajian, hanya sara diri. Jadi ini sebenarnya antara usaha kita,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, seramai 193 pelajar di UMS dikenal pasti untuk menerima SULUNG 3.0.

“Setakat ini yang dikenal pasti lebih kurang, 193 orang yang disenarai pendek.  Tapi UMS akan meneliti dan tapis mana yang memang layak. Jadi kalau semua layak, Alhamdulillah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular