HomeUtama1,000 pesilat dapat pengiktirafan ABR menerusi persembahan pencak silat teramai

1,000 pesilat dapat pengiktirafan ABR menerusi persembahan pencak silat teramai

Read Time:1 Minute, 16 Second

Kota Kinabalu: Gabungan 22 persatuan silat yang melibatkan 1,000 orang pesilat mendapat pengiktirafan ‘Asia Book Of Record’ (ABR).

Penyerahan sijil pengiktirafan tersebut disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Majlis Penyerahan Sijil ABR Anugerah Persembahan Pencak Silat Teramai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Dr Ruddy Awah berkata, pengiktirafan tersebut melibatkan 22 Persatuan Silat dari seluruh Sabah dengan penyertaan seramai 1,000 orang yang diadakan di daerah Pitas, Februari lalu.

“Program malam ini adalah kesinambungan daripada program Februari lalu di mana kita telah mencipta satu rekod Asia iaitu persembahan pencak silat teramai menghimpunkan seramai 1,000 peserta yang dihoskan oleh Pejabat Daerah Pitas.

“Antara persatuan yang terlibat adalah Persatuan Seni Silat Pencak Lima dari Kota Belud, Persatuan Silat Mahkamah Anak Negeri daerah Pitas, Kelab Silat Olahraga Pekalongan Membakut dan Persatuan Silat PDRM Kontinjen Sabah,” katanya ketika ditemui  dalam majlis itu di sini.

Ruddy  yang juga Penasihat Hari Mencipta ABR berharap agar lagi banyak penciptaan rekod baru ke persada dunia.

“Malam ini adalah kemuncaknya, kegemilangan pencak silat yang telah pun diiktiraf oleh ABR iaitu malam penyampaian sijil pengiktirafan Rekod peringkat Asia.

“Selepas ini, kita akan terus cuba mengangkat nama negeri juga negara melalui penciptaan rekod baru di persada dunia,” katanya.

Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ellron Angin dan Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Sabah Datuk Mansur Asun.

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular