HomeUtamaPremier Sarawak dahului penerima darjah kebesaran negeri Sabah

Premier Sarawak dahului penerima darjah kebesaran negeri Sabah

Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg mendahului senarai 1,376 penerima darjah kebesaran negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Sabtu.

Abang Johari adalah antara empat penerima darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Selain Abang Johari, turut menerima SPDK ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rashid dan ahli perniagaan, Datuk Kumar Prabakaran.

Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, termasuk dua berjawatan Pembantu Menteri tersenarai untuk menerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu’ (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Antaranya adalah Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Peto Galim; Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Tan Lee Fat; ADUN Tanjung Kapor, Ben Chong Chen Bin; ADUN Banggi, Mohammad Mohamarin; ADUN Kukusan, Rina Jainal dan ADUN Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan.

Selain itu, turut menerima PGDK ialah Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Ahadin Arinen; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Maria Chong dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Josie Lai Mei Sing.

Penerima lain PGDK ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jumain Jikah Abdul Ghani; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Philemon Lajawai; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sawit Kinabalu, Victor Ationg dan Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd Ahmad Naim Uddang.

Jumain (kiri) dan Mohammad Arif (kanan)

Turut tersenarai menerima PGDK adalah Focal Person Kebangsaan KPM Sabah Mohammad Arif Sakaran dan Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Iman Ali.

Secara keseluruhan seramai 87 individu menerima PGDK, manakala seramai 116 orang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), diikuti 274 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Selain itu, seramai 320 orang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 421 orang menerima Bintang Kinabalu (BK), 144 orang menerima Sijil Kehormat, manakala 10 orang menerima Jaksa Pendamai. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kontraktor laksana LPB Sabah diberi amaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular