HomeUtamaBelanjawan 2025: Beri peruntukan banyak kepada Sabah - Hajiji

Belanjawan 2025: Beri peruntukan banyak kepada Sabah – Hajiji

Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berharap agar Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan yang banyak kepada negeri Sabah dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 Oktober ini.

Ini adalah menurutnya, Sabah merupakan sebuah negeri yang besar dan memerlukan peruntukan yang banyak.

“Saya selalu menyatakan kepada Yang Amat Berhormat kepada Perdana Menteri berilah peruntukan yang banyak kepada Sabah kerana Sabah merupakan sebuah negeri yang besar dan kita memerlukan peruntukan yang banyak,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Taklimat Gerak Kerja Wanita Gabungan Rakyat Sabah di sini, hari ini.
.
Hajiji berkata, pada tahun ini sebanyak RM6.6 bilion belanjawan diperuntukkan untuk negeri Sabah.

“Tahun ini kita dapat RM6.6 bilion. Ini tidak termasuk projek-projek yang lain seperti Pan Borneo dan lain-lain, jadi harapan kita di dalam pembentangan Belanjawan di Parlimen nanti Sabah akan mendapat perbelanjaan atau peruntukan yang lebih banyak daripada tahun ini,” katanya.

Terdahulu, pada 12 September lalu media melaporkan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) memutuskan beberapa perkara yang telah dipersetujui termasuk Peruntukan Khas Interim untuk Sabah dan Sarawak yang dinaikkan kepada RM600 juta berbanding RM300 juta tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kenaikan peruntukan khas sepertimana yang terkandung dalam perkara 122D Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu akan bermula pada tahun depan.

Menurut Fadillah, perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan aluannya semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada 12 September lalu.

“Perdana Menteri putuskan untuk menaikkan kadar interim ini daripada RM300 juta kepada RM600 juta untuk setiap negeri (Sabah dan Sarawak), maknanya sekali ganda kenaikan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan rasa syukur dan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Dua faktor punca kelewatan projek Pan Borneo Jajaran Sepanggar-Bulatan Berungis lewat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular