HomeUtamaKePKAS ungguli Istiadat Perbarisan sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 TYT Sabah

KePKAS ungguli Istiadat Perbarisan sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 TYT Sabah

Read Time:1 Minute, 2 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar (KePKAS) muncul johan kategori jabatan kerajaan tidak berpakaian rasmi pada Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Selain KEPKAS, Sekolah Kebangsaan Tobobon mengungguli kategori sekolah rendah manakala Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia Sekolah Menengah Kebangsaan Badin Tuaran memenangi kategori sekolah menengah.

Juara pertubuhan etnik Sabah pula disandang oleh Pertubuhan Etnik Dusun Minokok Tompizos Sabah (PEDMTS) diikuti Persatuan Etnik Bajau Tabawan Sabah (PERBATAS) di tangga kedua dan ketiga, Persatuan Kebajikan Bajau Suluk Sabah (PKBSS).

Bagi kategori institut pengajian tinggi awam/swasta, tempat pertama diperolehi Komender Kesatria Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) sementara Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Negeri Sabah memenangi kategori pertubuhan bukan kerajaan.

Di samping itu, Sabah Electricity Berhad (SESB) mendominasi kategori swasta atau komersial manakala Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah mendapat naib johan sementara Kumpulan Yayasan Sabah memenangi tempat ketiga.

Persaingan sengit kategori jabatan kerajaan berpakaian seragam rasmi menyaksikan Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu muncul johan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (naib johan) dan ketiga dimenangi oleh Jabatan Perhutanan Sabah.

Secara keseluruhan, terdapat 82 kontinjen menyertai istiadat perbarisan yang diadakan di Padang Merdeka, di sini semalam.

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK laksana program ‘Jom Bayar Kompaun’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular