HomeUtamaHajiji dianugerahkan Felo Kehormat AFEO

Hajiji dianugerahkan Felo Kehormat AFEO

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah dianugerahkan Anugerah Felo Kehormat (Distinguished Honorary Fellow) daripada Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO).

Penganugerahan itu adalah atas dasar visi dan pemahaman beliau mengenai peranan komuniti kejuruteraan.

Anugerah itu disampaikan Pengerusi AFEO dan Presiden Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM), Ir Professor Dr. Jeffrey Chiang Choong Luin  di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Setiausaha Agung AFEO, Ir. Prof. Dr. David Chuah Joon Huang berkata anugerah itu diberikan kepada individu seperti Timbalan atau Naib Presiden sesebuah negara, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Kementerian dan individu terkemuka dalam kedudukan dan pangkat yang tinggi serta tokoh terkenal di peringkat dunia.

Katanya, ia termasuklah yang telah memberikan sumbangan yang sangat besar dan cemerlang kepada profesion kejuruteraan, institusi dan negara-negara ASEAN.

“Sumbangan beliau (Hajiji) yang berimpak kepada pembangunan komuniti, kemajuan ekonomi, dan tadbir urus yang berkesan menonjolkan seorang pemimpin yang sangat komited terhadap kebajikan Sabah.

“Tadbir urus yang bijak, dasar-dasar visi serta pemahaman beliau mengenai peranan komuniti kejuruteraan menjadikan beliau calon yang layak untuk diiktiraf di peringkat ASEAN,” katanya.

Hadir sama Ketua Pesuruhjaya AER, Ir. Simon Yeong Chin Chow dan jawatankuasa IEM Sabah yang diketuai oleh pengerusinya, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar.

Chiang memberi taklimat kepada Hajiji mengenai Persidangan AFEO ke-42 (CAFEO) yang akan dianjurkan oleh Institut Jurutera Malaysia (IEM) Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah dari 22 hingga 24 Oktober.

Bertemakan ‘Merangka Pertumbuhan ASEAN dengan Transformasi Digital, Kejuruteraan Pintar, dan Penyelesaian Hijau’, CAFEO ke-42 dijangka menarik 1,200 hingga 1,500 peserta.

Anugerah Anugerah Felo Kehormat biasanya diberikan bersempena dengan majlis perasmian CAFEO.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular