HomeIsu tempatanJana pendapatan bantu ekonomi B40 menerusi inovasi

Jana pendapatan bantu ekonomi B40 menerusi inovasi

Read Time:2 Minute, 23 Second

Kota Kinabalu : Komuniti Madani disaran melakukan inovasi dalam menjana pendapatan bagi membantu meningkatkan ekonomi masyarakat khususnya golongan B40.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mustapha Sakmud berkata, pelbagai inovasi boleh dilakukan oleh komuniti untuk menjayakan program tersebut melalui bantuan pelbagai pihak dan agensi-agensi yang berkaitan.

“Program sebegini memang bagus untuk kita eratkan silaturahim namun, saya mahu komuniti ini meninggalkan sesuatu yang kekal dan menjana pendapatan ekonomi terutamanya kepada golongan B40 yang ada sekitar kampung.

“Pengalaman saya di tempat-tempat lain seperti Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Pahang, inovasi yang mereka lakukan adalah projek i-Mushroom iaitu penanaman cendawan dengan kombinasi pertanian dan teknologi, sangat berperanan untuk membantu dalam meningkatkan hasil pengeluaran cendawan yang optimum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Jiwa Komuniti Madani DUN Darau dan Komuniti Madani Kampung Delima, di sini semalam.

Mustapha berkata, projek itu adalah gabungan dua komponen iaitu sistem pemantauan utama dan pengawalan berdasarkan Internet dengan pengoperasian aplikasi telefon bimbit bagi mengekalkan suhu yang tepat dan kondusif dalam rumah cendawan, pendapatan boleh mencecah RM3,00 ke RM4,000 sebulan meskipun keluasan rumah cendawan tu terhad.

“Saya pergi ke Kolej Komuniti Lahad Datu, banyak inovasi daripada pelbagai jenis makanan yang mereka hasilkan cuma sahaja mereka tidak jual, seperti cendawan tadi tu, hasil yang mereka petik cuma digoreng menggunakan tepung,saya lihat ramai yang suka dan rasanya boleh dipasarkan di gerai-gerai atau dikomersialkan.

“Justeru, saya mahu kita pergi ke aliran sebegini supaya kita boleh menjana pendapatan dan saya sendiri di peringkat kementerian bersedia untuk menggerakkan Universiti Malaysia sabah (UMS), Universiti Teknologi MARA (UITM), Politeknik Kota Kinabalu, Kolej Komuniti kita untuk membantu menjayakan program ini.

“Kita juga akan menjemput agensi-agensi yang berkaitan seperti jabatan pertanian, atau pengusaha-pengusaha makanan dan lain-lain lagi untuk membantu Komuniti Madani kita ini dari awal hinggalah permohonan bantuan dana seperti Dana Sejati Madani sekiranya diperlukan,” katanya

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar mengingatkan agar semua komuniti untuk memainkan peranan membantu masyarakat mahupun ibu bapa menangani isu buli yang semakin kerap terjadi terutamanya kepada golongan pelajar.

“Buli di sekolah merupakan satu lagi gejala yang serius, kira-kira lebih 20 peratus kalangan remaja melaporkan pernah menjadi mangsa buli dan ini boleh membawa kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan dan kebimbangan seterusnya mempengaruhi hubungan mereka dengan keluarga jika tidak ditangani segera.

“Jadi, saya rasakan komuniti perlu terlibat dalam menangani masalah ini, meskipun tidak secara langsung komuniti boleh mengadakan program-program kesedaran seperti mengadakan ceramah, bengkel-bengkel menangani kes buli serta aktiviti-aktiviti yang mendidik masyarakat tentang tanda-tanda buli, kesan negatif buli dan cara melaporkan seterusnya menangani situasi buli,” katanya.

Menurutnya, komuniti juga harus bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu dalam merancang dan melaksanakan aktiviti yang bertujuan untuk memerangi buli, dengan itu mesej anti-buli dapat disebarkan dengan lebih meluas dan berkesan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular