HomeUtamaKemalangan jalan raya ragut tiga nyawa di Lahad Datu

Kemalangan jalan raya ragut tiga nyawa di Lahad Datu

Read Time:1 Minute, 44 Second

LAHAD DATU: Tiga maut termasuk kanak-kanak dan dua cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kenderaan di Jalan Felda Sahabat 6 Cenderawasih di sini, petang semalam.

Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, hasil siasatan polis kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang pada Ahad (6 Okt) semasa sebuah motosikal jenis SM Sport 110 yang ditunggang oleh seorang lelaki warganegara Indonesia, 55, dari arah Lahad Datu ke Felda Sahabat telah memotong sebuah kenderaan di hadapannya lalu bertembung dengan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan, 62, bersama tiga orang penumpang yang datang dari arah Felda Sahabat ke Lahad Datu.

Katanya, kenderaan Proton hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Frontier yang dipandu oleh seorang lelaki warganegara Indonesia, 40, bersama lima orang penumpang yang datang dari arah Lahad Datu ke Felda Sahabat.

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit dan seorang penumpang kenderaan proton telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu dan dua orang penumpang kenderaan Proton termasuk seorang kanak-kanak mendapat kecederaan parah dan dibawa ke Klinik Kesihatan Tungku menggunakan Ambulan Klinik.

“Walau bagaimanapun, seorang kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan dua mangsa yang maut merupakan isteri dan anak perempuan kepada pemandu kenderaan Proton.

Selain itu, Dzulbaharin berkata, pemandu dan penumpang kenderaan pacuan 4 roda tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan telah menerima rawatan selanjutnya di Klinik Kesihatan Tungku.

“Sampel darah kedua pemandu dan penunggang telah diambil untuk di hantar ke Jabatan Kimia Kota Kinabalu untuk ujian alkohol dan dadah.

“Sehubungan itu, kes ini telah disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Beliau menyeru mana-mana individu telah melihat kejadian ini boleh terus menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Muhammad Rasul Ramlee di talian 089-881255 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Dzulbaharin turut menasihatkan kepada semua pemandu agar memandu dengan berhati-hati dan berhemah agar tidak mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

RELATED ARTICLES
Utama

KKR komited laksana projek LPB, pembangunan infrastuktur di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular