HomeUtamaProjek pembangunan Persekutuan mesti dilaksanakan dengan pantas

Projek pembangunan Persekutuan mesti dilaksanakan dengan pantas

Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu : Projek pembangunan Persekutuan untuk sekolah dan klinik boleh dilaksanakan tanpa perlu menunggu geran tanah selagi ia telah diwartakan untuk tujuan tersebut.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa tidak perlu menunggu geran tanah selagi tanah tersebut telah diwartakan untuk tujuan projek pembangunan Persekutuan.

“Jika tanah diperlukan untuk membina sekolah atau klinik, kita mesti memudahkan proses tersebut agar tiada kelewatan dalam pelaksanaan projek-projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerjanya ke Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat di Wisma Tun Fuad di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ir Shahelmey Yahya, Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan, Datuk Seri Christina Liew, dan Setiausaha Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

Hajiji berkata, pihaknya turut menggesa Kementerian untuk bekerjasama dengan agensi-agensi Persekutuan yang berkaitan di Sabah untuk mengukuhkan kerjasama dengan mereka.

“Jika ada kerjasama, kita boleh melaksanakan projek pembangunan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib.

Hajiji juga memuji Kementerian atas rancangan proaktifnya untuk meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan rakyat melalui penubuhan Pusat Autisme Sabah di Sembulan serta pemerolehan mesin Positron Emission Tomography (PET scan) dan Single-Photon Emission Computed Tomography (SPECT scan) bernilai jutaan ringgit.

Mesin PET dan SPECT adalah untuk pengesanan kanser yang kini terdapat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas.

Terdahulu, Hajiji dan rombongannya telah diberi taklimat oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Maria Chong mengenai program dan perancangan kementerian untuk masa depan.

“Saya melihat Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat sebagai komponen penting dalam sistem kerajaan, lebih-lebih lagi kesejahteraan rakyat merupakan salah satu fokus dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cadangan penduduk Kg Sembulan akan dibawa ke Kabinet Negeri – Dr...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular