HomeUtamaSeks Luar Tabii: Tiga individu lelaki dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, 1...

Seks Luar Tabii: Tiga individu lelaki dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun, 1 sebatan

Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman lima tahun penjara dan satu sebatan terhadap tiga individu lelaki atas pertuduhan terlibat dalam perbuatan hubungan seks luar tabii ke atas seorang budak remaja lelaki berusia 14 tahun.

Ketiga-tiga suspek telah dituduh di Mahkamah Sesyen Sandakan pada Isnin (7 Okt) dimana tertuduh pertama iaitu seorang lelaki umur 32 Tahun telah dituduh dibawah seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan 1 sebatan.

Manakala tertuduh ketiga seorang lelaki berumur 34 tahun dituduh dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 iaitu melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak dan dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara dan 1 sebatan selepas mengaku bersalah.

Bagaimanapun tertuduh kedua iaitu penama seorang lelaki berumur 29 tahun telah dituduh dibawah seksyen 377B Kanun Keseksaan dan sebutan semula kes pada 11 November 2024 kerana tidak mengaku bersalah.

Pertuduhan ke atas ketiga-tiga suspek dibacakan dihadapan Hakim Zaini Fishir @ Fisal.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Muhammad Al-Hakim Abdul Razak.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Sandakan, Superintendan Ramasamy A/L Kuppan mengesahkan pihak polis ada menerima laporan pada 23 September 2024, mengenai seorang remaja lelaki berusia 14 tahun disyaki terlibat dalam perbuatan hubungan seks luar tabii.

“Pada awalnya, mangsa telah datang ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami sakit di bahagian kemaluan dan dubur akibat bernanah.

“Siasatan telah dijalankan mengikut kesalahan dibawah seksyen 377B Kanun Keseksaan dan pada 24 September 2024, pihak polis telah menangkap tiga orang lelaki yang disyaki terlibat dalam perbuatan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramasamy turut menegaskan bahawa perbuatan seks bertentangan dengan aturan tabii dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 18 tahun adalah serius dan boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan.

RELATED ARTICLES
Utama

Cadangan penduduk Kg Sembulan akan dibawa ke Kabinet Negeri – Dr...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular