TAWAU: Mayat seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun ditemui terapung oleh seorang remaja lelaki semasa sedang melalui jambatan di sungai Kampung Iban, Merotai dekat sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten komisioner, Jasmin Hussin berkata, kira-kira jam 4 petang tadi (11 Okt) pengadu remaja lelaki berusia 15 tahun dalam perjalanan pulang dari bermain bola sepak di padang Kg. Iban Merotai, ketika pengadu melalui jambatan sungai Kg. Iban Merotai telah ternampak satu mayat manusia dalam keadaan terapung di tebing sungai.
“Seterusnya pada jam 6.30 petang, mayat mangsa itersebut telah dihantar ke kamar mayat (forensik) Hospital Tawau oleh pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Setakat ini tidak disyaki terbabit dalam sebarang unsur-unsur jenayah atau khianat.
“Kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.