HomeUtamaTun Juhar berkenan salur sumbangan kepada Crisnanalina

Tun Juhar berkenan salur sumbangan kepada Crisnanalina

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin berkenan menyalurkan sumbangan kepada Crisnanalina Jumis,20, bagi membolehkan anak kelahiran Paitan itu melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Istana Seri Kinabalu dalam satu kenyataan memaklumkan sumbangan itu adalah atas keprihatinan Tun Juhar dalam memastikan Crisnanalina menerima kemudahan secukupnya bagi membolehkan beliau menyambung pengajian ke universiti.

Selain sumbangan bantuan komputer riba dan bantuan perbelanjaan bagi persiapan Crisnanalina untuk mendaftar di UMS, Tun Juhar juga akan membantu menyelesaikan yuran pendaftaran kemasukan beliau ke UMS. 

“Bantuan ini adalah sumbangan prihatin daripada Tun Juhar yang mahu Crisnanalina menerima kemudahan secukupnya bagi membolehkan beliau menyambung pengajian ke universiti. 

“Sebagai Canselor UMS, perkara berkaitan kebajikan pelajar khususnya amat dekat di hati Tun Juhar, justeru bantuan ini diharap sedikit sebanyak meringankan beban serta menguatkan semangat Crisnanalina untuk menempuh kehidupan sepanjang berada dalam pengajian,” menurut kenyataan itu di sini.

Media sebelum ini melaporkan Crisnanalina yang berasal dari Kg. Dalamas, Paitan, Sabah menghadapi kesukaran untuk membayar yuran pendaftaran serta pelbagai perbelanjaan yang berkaitan.

Difahamkan pelajar itu juga telah memohon bantuan dari pelbagai pihak bagi membolehkan beliau mendaftar dan memulakan pengajian. 

Susulan itu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor telah mengarahkan Bahagian Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS untuk berhubung dengan pelajar tersebut bagi memudahkan urusan pendaftaran kemasukan ke universiti.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hasrat bina Pusat Tahfiz Penjara Pusat KK, memperkasa ilmu pengetahuan agama...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular