HomeIsu tempatanUsaha Persatuan Karyawan Malaysia bantu artis memerlukan amat dipuji

Usaha Persatuan Karyawan Malaysia bantu artis memerlukan amat dipuji

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu: Usaha Persatuan Karyawan Malaysia untuk mengumpul dana bagi membantu para artis yang uzur dan memerlukan bantuan khususnya di negeri ini amat dipuji.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew berkata, pihaknya menggesa orang ramai untuk menyokong Majlis Makan Malam Amal yang bertemakan ‘Legends’ bagi mengumpul dana untuk Tabung Kebajikan persatuan tersebut.

“Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar akan memberikan bantuan yang diperlukan dalam kapasiti yang mampu,” katanya dalam kenyataan di sini semalam

Kunjungan itu diketuai oleh penyanyi lagenda Malaysia, Datuk Khadijah Ibrahim, di sini.

Meskipun mengalami kecederaan dalam kemalangan jalan raya di Beaufort bulan lalu, Khadijah yang juga merupakan pelakon veteran Malaysia, penuh semangat dan keyakinan ketika memberikan taklimat kepada Christina mengenai konsert makan malam amal semasa kunjungan hormat tersebut.

Khadijah berkata, acara tersebut akan diadakan pada 1 November bermula jam 8 malam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Selain dirinya sebagai penghibur, 10 lahi selebriti Malaysia lain yang akan memeriahkan malam tersebut termasuk Man Kidal, Aina Abdul, Dato’ Jamal Abdillah, Dato’ Ramli Sarip, Jimmy Palikat, Ayu Damit, Azharina Azhar, Mad Sabah, Daniesh Suffian, dan Hairee Kool, yang mana sebahagian daripada mereka adalah vokalis Sabah.

Menurut Khadijah, terdapat kira-kira 7,000 artis di negara ini, dan ramai di antara mereka adalah ahli Persatuan Karyawan Malaysia yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Hasil daripada konsert makan malam selama tiga jam ini akan digunakan untuk meringankan beban ahli yang menganggur, bergantung pada kerusi roda atau memerlukan rawatan perubatan,” katanya.

Tambahnya, seramai 15 artis dari Sabah memerlukan bantuan kewangan.

Khadijah ditemani dua ahli jawatankuasa penganjurnya, Datuk Zahra Ismail dan Zorah Khan.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Josie Lai.

Mereka yang ingin menyokong majlis makan malam amal ini boleh menghubungi Azman di ‪016-2338888‬/016-2302621. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NDRC UMS perkukuh pengurusan bencana bersama pihak berkuasa tempatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular