HomeSukanPIBKS sokong usaha PIBG laksana aktiviti sukan

PIBKS sokong usaha PIBG laksana aktiviti sukan

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah sentiasa menyokong usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di negeri ini bagi mengadakan aktiviti sukan dalam kalangan pelajar.

Focal Person Kebangsaan PIBKS Sabah Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, aktiviti sukan di peringkat sekolah amat penting dalam memastikan pelajar sentiasa aktif dalam pembelajaran.

“Sempena Hari Sukan Negara (HSN), pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan PIBKS Sabah telah bekerjasama menganjurkan program pada hari ini.

“Kita melihat sukan ini adalah sangat penting, terutamanya kepada pelajar-pelajar supaya mereka sihat untuk meneruskan pelajaran mereka nanti. Bukan hanya di akademik, tapi di bahagian sukan juga kita memberi keutamaan untuk mereka bersukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sambutan HSN JPNS peringkat negeri Sabah 2024 di sini hari ini.

Sambutan itu disempurnakan Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin.

Arif berkata, pihaknya juga sentiasa membantu JPNS dalam memastikan mutu sukan di peringkat sekolah terus meningkat seterusnya mengharumkan nama negeri ini.

“Peringkat negeri baru-baru ini, kita ada beberapa sukan seperti pendidikan khas yang mana Sabah telah menjuarai sukan tersebut.

“Justeru kebersamaan PIBKS akan sentiasa bersama-sama menyokong bagaimana merancang untuk mereka bertanding di peringkat daerah, peringkat negeri dan peringkat kebangsaan nanti,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Jangan pandang rendah keupayaan Pilihan Tawau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular