HomeUtamaPMR 2024 Sayangi Sabah berlangsung di Kompleks Sukan Likas 18 - 20...

PMR 2024 Sayangi Sabah berlangsung di Kompleks Sukan Likas 18 – 20 Okt ini

Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan “Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Sayangi Sabah” yang bakal berlangsung pada 18 hingga 20 Oktober 2024 bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Majlis Perasmian PMR yang bertemakan “Meningkatkan Kesejahteraan Pengguna” itu dijangka akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Oktober 2024, jam 2.30 petang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata pelaksanaan PMR ini merupakan kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 hingga 10 Disember 2023.

“Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, mengambil kira sambutan orang ramai terhadap penganjuran tersebut, pelaksanaan program ini diteruskan sepanjang tahun 2024 ke peringkat negeri mengikut zon.

“Penganjurannya telah bermula dengan Zon Tengah di Selangor, Zon Utara di Pulau Pinang, Zon Timur di Pahang, Zon Selatan di Johor, Zon Sarawak dan kali ini di Sabah bagi melengkapkan pusingan penganjuran mengikut zon bagi tahun 2024.

“Bagi Peringkat Zon Sabah ini, pelaksanaan program melibatkan kolaborasi strategik Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri, KPDN selaku Kementerian Peneraju serta Kerajaan Negeri Sabah,” katanya pada sidang media semasa melawat persiapan di tapak program tersebut.

Menurut Armizan, PMR dilaksanakan bagi mencapai objektif iaitu menawarkan perkhidmatan kerajaan secara langsung kepada rakyat, menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat, meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat Kerajaan, dan membina kepercayaan serta keyakinan Kerajaan dengan rakyat melalui pelaporan pencapaian secara berkala.

Beliau berkata, sebanyak lapan program tumpuan dan agensi peneraju yang terlibat dengan PMR 2024 Sayangi Sabah.

Selain itu, katanya, PMR 2024 Sayangi Sabah akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik menerusi pengisian reruai daripada Kementerian /Jabatan /Agensi Persekutuan serta Kerajaan Negeri Sabah, perkhidmatan Touch Point Rakyat, pameran aset agensi Kerajaan, karnival kerjaya, sesi libat urus dan aktiviti luar termasuk pertandingan sukan elektronik serta Konsert Sayangi Sabah.

Armizan juga memaklumkan, KPDN selaku kementerian peneraju bagi penganjuran PMR kali ini turut menyediakan pelbagai aktiviti utama kementerian antaranya Program Jualan Rahmah Madani (PJRM), Kempen Beli Barangan Malaysia, pavilion pameran KPDN dan sebagainya.

“Selain itu, pelaksanaan PMR juga akan melibatkan penyertaan dan sokongan sektor swasta yang akan menawarkan perkhidmatan dan program berkaitan,” katanya sambil menambah pihak penganjur mensasarkan lebih 300 ribu pengunjung yang hadir ke program itu.

Ditanya mengenai pengangkutan awam untuk program tersebut, Armizan berkata, pihak penganjur sedang selaraskan dengan Kerajaan Negeri Sabah.

“Tanggungjawab itu kita berikan kepada Kerajaan Negeri Sabah dari segi shuttle bus dan sebagainya.

“Justeru, orang ramai adalah dijemput untuk hadir beramai-ramai selama tiga hari program berlangsung di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu dibuka bermula pada jam 9 pagi hingga 10 malam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

74 Gereja di Tongod Terima Sumbangan Sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular