HomeUtamaKKM komited tingkat pengambilan 2,000 pelatih Jururawat setahun

KKM komited tingkat pengambilan 2,000 pelatih Jururawat setahun

Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk meningkatkan pengambilan pelatih jururawat daripada 1,000 kepada 2,000 orang setiap tahun. 

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, jumlah tersebut adalah usaha memenuhi keperluan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat.

“Pada tahun 2024, permohonan untuk menyertai Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) melonjak tiga kali ganda kepada 3.4 juta permohonan dengan 32 peratus daripadanya datang daripada anak-anak Sabah. 

“Ini jelas menunjukkan peningkatan ketara minat belia Sabah terhadap kerjaya dalam bidang kesihatan.  KKM menyifatkan pencapaian ini sebagai satu lonjakan besar yang membuktikan anak-anak Sabah berada di barisan hadapan dalam menyokong sistem kesihatan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyempurnaan Istiadat Konvokesyen ILKKM Tahun 2024 Zon Sabah di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Gaya di sini, pada Sabtu.

Lukanisman berkata, selaras dengan itu, KKM komited untuk mengubah statistik ini dengan menarik lebih ramai anak Sabah untuk menyertai bidang kesihatan melalui pelbagai program dan inisiatif.

Katanya, dalam satu pencapaian membanggakan, graduan ILKKM baru-baru ini telah mengharumkan nama negara apabila pasukan Pembantu Perubatan Malaysia dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan ‘Emergency Medical Services’ peringkat Asia yang berlangsung di Manila, Filipina pada 28 April lalu. 

“Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kualiti latihan yang diterima di ILKKM, tetapi juga kemampuan graduan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Mengorak langkah lebih jauh, KKM berazam untuk menjadikan ILKKM sebagai Pusat Kecemerlangan dalam bidang kesihatan. 

“Dengan penekanan kepada pembangunan modal insan dan kerjasama strategik bersama pelbagai agensi, KKM bertekad untuk melahirkan graduan yang mampu memacu perubahan dalam sistem kesihatan negara,” katanya.

Seramai 699 graduan dari ILKKM Zon Sabah dari pelbagai program semalam menerima skrol penganugerahan masing-masing.

Istiadat tersebut merupakan salah satu daripada siri konvokesyen besar-besaran yang melibatkan 5,253 graduan dari seluruh negara, menjadikannya antara konvokesyen terbesar dalam sejarah KKM.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Peratus pelajar Sabah minat STEM mencapai 51.05 peratus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular