HomeSukanLebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

Lebih 1,500 meriahkan HSN daerah Putatan

Read Time:1 Minute, 9 Second

Putatan : Lebih 1,500 masyarakat sekitar daerah ini telah hadir memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat daerah Putatan di sini pagi tadi.

Sambutan yang berlangsung di perkarangan tempat letak kereta Dewan Sri Putatan itu dirasmikan Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Putatan Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Antara acara diadakan termasuklah Fun Ride; Fun Run dan Fun Walk selain persembahan karate dan bina badan dari atlet yang pernah mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Shahelmey ketika ditemui berkata, penyertaan masyarakat yang ramai merupakan satu respon positif daripada masyatakat untuk membudayakan sukan dan kesihatan.

“Pada hari ini saya bersama masyarakat daerah Putatan untuk sama-sama memeriahkan HSN 2024 di sini dan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat daripada penduduk Putatan.

“Pada asalnya kita mensasarkan kehadiran ataupun penyertaan seramai 1,000 orang tapi saya difahamkan pada pagi ini kita telah mendapat kehadiran ataupun penyertaan melebihi 1,500 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat yang saya nampak tadi daripada umur usia muda sehinggalah yang veteran dan juga ada Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Jadi saya berterima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang ada di daerah Putatan. Semoga usaha ini akan terus dapat memberi manfaat dan memupuk budaya sukan sihat di kalangan masyarakat daerah Putatan.

Semalam, HSN 2024 peringkat negeri Sabah telah diadakan di daerah Keningau dan disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang diwakili Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Perlawanan persahabatan bantu erat hubungan antara pemain, penyokong Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular