HomeIsu tempatan500 peserta sertai Roboneo 2024

500 peserta sertai Roboneo 2024

Read Time:1 Minute, 9 Second

Beaufort : Seramai 500 peserta terdiri dari pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di beberapa buah daerah di Sabah telah menyertai Roboneo 2024 kali ke-10 pada tahun ini.

Program yang dianjurkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah bersama Kinabalu Codes, Kolej Komuniti Beaufort (KKBS) dengan kerjasama Kolej Komuniti Papar (KK Papar) , Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) itu berlangsung di Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort.

Perasmian Roboneo 2024 itu dirasmikan Timbalan Setiausaha Tetap Dua KSTI  merangkap Penasihat dan Penaja Roboneo 2024, Syahrin Samsir.

Edisi kali ini mempertaruhkan tujuh kategori antaranya RBN-Mikrobotik, RBN-Speedy, RBN-Tracer AI, RBN-Sumo RC, RBN-Sumo Auto, RBN-IOT Jungle dan RBN-Code.

KKBS dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai mata pelajaran mesra pelajar dan menggalakkan  lebih ramai pelajar memilih jurusan STEM di peringkat menengah.

“Ini adlaag agar keperluan teknologi negara di masa hadapan dapat dipenuhi. Justeru Robeneo 2024 menjadi jambatan di antara KPM dan KSTI dalam mencapai tujuan tersebut.

“Antara objektif Robeneo 2024 adalah memanfaatkan kreativiti dan minda inovatif masyarakat melalui robotic, mencetuskan minat dan menwujudkan kesedaran dalam bidang yang berkaitan STEM di kalangan akar umbi dan membatu pemahaman dalam mata pelajaran berkaitan STEM melalui pembelajaran berasaskan pengalaman di luar bilik darjah,” menurut kenyataan itu di sini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular