HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot pukat tunda, tangkap ikan kurang tiga batu nautika

Maritim Malaysia tahan bot pukat tunda, tangkap ikan kurang tiga batu nautika

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot pukat tunda kerana menarik pukat kurang tiga batu nautika dari pantai di perairan Kudat baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil maklumat risikan yang diterima, pihaknya segera diatur gerak ke lokasi untuk membuat pemantauan.

“Sekitar jam 12.45 pagi di kedudukan lebih kurang 2.1 batu nautika timur Tanjung Tagumal Laut Kudat, sebuah bot telah dikesan sedang leka manarik pukat tunda berhampiran tepi pantai di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan oleh dua individu warganegara Indonesia berumur lingkungan 40 tahun kedua-duanya. Pemeriksaan lanjut juga mendapati kedua-dua individu terbabit memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Maurice berkata, bot bersama kru seterusnya ditahan dan dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana menarik pukat dibawah tiga batu nautika dari pantai dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana disyaki memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Zon Maritim Kudat menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia dalam menangani kegiatan jenayah dan kesalahan di laut dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 300 orang hadir program PeKa B40

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular