HomeUtamaSiling stesen minyak runtuh hempap enam kenderaan

Siling stesen minyak runtuh hempap enam kenderaan

Read Time:40 Second

KINABATANGAN: Siling Stesen Minyak Petronas Batu 8, Bukit Garam dekat sini runtuh lalu menghempap enam buah kenderaan dalam kejadian yang berlaku petang tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, seramai tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian kira-kira 6 kilometer selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.47 petang tadi.

“Setiba di lokasi kejadian mendapati berlaku runtuhan pada siling stesen minyak Petronas berkenaan lalu menghempap enam buah kenderaan jenis Perodua Alza, Perodua Myvi, Toyota Vigo, Proton Exora, Proton X70 dan Isuzu D-Max. Bagaimanapun tiada mangsa terlibat dilaporkan.

“Seterusnya pasukan bomba bertindak mengalihkan runtuhan siling ke tempat selamat.

“Pemeriksaan dijalankan memastikan tiada bahaya lain wujud dilokasi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 6.59 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Dr Maria dilantik Pengarah JKNS baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular