KUALA LUMPUR — Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM) baru-baru ini memperkenalkan pengiraan baru Kadar Sara Diri (SSR) dan Penggunaan Per Kapita (PCC), yang memberi gambaran lebih tepat tentang industri beras negara.
Pengiraan baru ini selaras dengan piawaian yang di tetapkan oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO), menerusi dua dokumen FAO: Food Balance Sheets – A Handbook 2001 dan Guidelines for the Compilation of Food Balance Sheet 2017.
Menurut kaedah piawaian Baharu itu pengiraan SSR beras negara hanya mengambil kira jumlah bersih padi yang di proses kepada beras Sahaja dan tidak mengambil kira jumlah padi yang di khususkan untuk tujuan penghasilan benih padi
Pada masa yang sama, untuk pengiraan baru SSR beras negara, KPKM akan mengekalkan kadar faktor penukaran padi kepada beras yang sediada:
Kawasan | Kadar Penukaran |
Semenanjung Malaysia | 70 % |
Sabah | 63 % |
Sarawak |
Dengan pelarasan semula pengiraan SSR dan PCC, untuk tahun 2023, SSR beras negara kini adalah 56.2% dan PCC beras negara adalah 76.7 kg/tahun.
Ini bermakna pengeluaran beras negara hanya dapat menampung 56.2% permintaan di dalam negara dan Selebihnya negara terpaksa mengimport dari negara-negara seperti: India, Vietnam, Thailand dan Cambodia.
Secara puratanya juga setiap penduduk di dalam negara mengguna atau makan beras sebanyak 76.7 kg setiap tahun.
ASAS PENGIRAAN PADI YANG LEBIH TEPAT
Asas pengiraan baru berkenaan telah menyebabkan kadar SSR beras negara menjadi lebih rendah berbanding asas pengiraan terdahulu. Dengan hanya mengambil kira jumlah padi yang di proses kepada beras, kadar SSR beras terkini adalah lebih tepat.
Ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai situasi sebenar industri padi dan beras negara. Seterusnya, ini membolehkan Kerajaan Malaysia melaksanakan dasar yang lebih berkesan untuk mempercepat transformasi industri padi dan beras negara, dan meningkatkan kadar SSR beras negara.
Untuk sekian lama, kadar SSR beras negara telah merekodkan trend menurun yang membimbangkan di mana pada tahun 2023, kadar SSR beras negara hanyalah 56.2%.
Tahun | 2022 | 2021 | 2020 | 2019 | 2018 | 2017 | 2016 | 2015 |
Kadar SSR Beras | 62.6% | 65.0% | 59.4% | 63.0% | 69% | 70.0 % | 70.3 % | 72.3 % |
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2022 (LKAN 2022), di mana kadar SSR beras negara di dapati telah gagal mencapai sasaran yang di tetapkan. Malah, perbezaan di antara sasaran dan pencapaian kadar SSR beras negara telah membesar.
Di samping itu, LKAN 2022 turut melaporkan bahawa jumlah pengeluaran beras negara telah gagal mencapai sasaran yang di tetapkan.
PENINGKATAN BAYARAN SUBSIDI
Untuk rekod Setiap tahun, Kerajaan Malaysia menyediakan dana berbillion Ringgit untuk industri padi dan beras negara. Ini termasuklah pembiayaan subsidi di bawah peruntukan belanjawan negara, antaranya: RM 1.6 billion (2023), RM 1.5 billion (2022), RM 1.49 billion (2019).
Namun begitu, kadar SSR beras negara terus merundum. Situasi ini telah menjejaskan agenda keterjaminan makanan negara, di mana negara telah menghadapi krisis harga dan bekalan beras tidak lama dahulu.
Situasi ini menjadi lebih meruncing akibat impak negatif perubahan iklim/ climate change yang menggangu-gugat hasil padi negara dan global. Isu perubahan iklim merupakan cabaran besar yang mesti di tangani secara berkesan dan menyeluruh bagi memastikan agenda keterjaminan makanan negara tidak terjejas teruk.
Tatkala kadar SSR beras negara semakin merendah, kebergantungan negara kepada beras import semakin meningkat. Menurut data Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan Malaysia (KPKM), jumlah import beras negara telah meningkat sebanyak 46%, dari 0.726 juta MT (2017) kepada 1.062 juta MT (2021).
Semasa Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Titiwangsa menyatakan bahawa pada tahun 2022, negara telah mengimport beras berjumlah 1.23 juta MT, dengan nilai RM 2.67 billion.
Malah, menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah import beras negara telah meningkat pada kadar purata 4.8% setahun dalam tempoh masa 20 tahun (2000 – 2020).
Ini bermakna import beras negara telah meningkat tinggi walaupun dana yang besar telah di belanjakan serta pelbagai inisiatif telah di laksanakan. Dan sudah pasti import beras bakal terus meningkat sekiranya agenda transfo transformasi industri padi dan beras negara tidak berjaya mencapai matlamat yang di tetapkan.
Sebagai contoh. Di bawah dua dasar pembangunan, Kerajaan Malaysia telah meletakkan pencapaian sasaran kadar SSR beras negara pada tahap 75% ( Rancangan Malaysia ke-12 (RMK 12: 2021 – 2025)dan 80 % dalam Dasar Agromakanan Negara 2021-2030
Pastinya Untuk tujuan tersebut, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan hasil pengeluaran padi dan beras negara. Antara lain, pada awal 2021, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan inisiatif Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB), di mana penanaman padi di uruskan secara estet padi bagi meraih manfaat skala ekonomi/ economies of scale.
LAPORAN SMART SBB
Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2022 (LKAN 2022) telah menunjukkan bahawa inisiatif SMART SBB telah gagal di laksanakan mengikut sasaran yang telah di tetapkan. Daripada sasaran 150,000 hektar kawasan sawah padi, hanya 3,762 hektar (2.5%) sahaja telah di usahakan secara SMART SBB.
Tanpa maklumat terkini, tidak dapat di pasti samada peratusan tersebut telah meningkat ataupun tidak. Kalau ada peningkatan peratusan pun, kemungkinan besar jumlah tersebut tidaklah begitu tinggi.
Berdepan dengan kegagalan ini, Kerajaan Malaysia sewajarnya meneliti persoalan mengapa rata-rata petani padi keberatan dan tidak berminat untuk menyertai insiatif SMART SBB, walaupun ianya berpotensi untuk meningkatkan hasil padi dan pendapatan petani.
Manakala, pada Mei 2023, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan pula inisiatif SMART SBB Ala-Sekinchan, dengan mengguna-pakai model penanaman padi yang di amalkan di Sekinchan, Selangor, yang sudah terbukti berjaya mengeluarkan hasil padi yang tinggi yang secara konsisten.
Pada Ogos 2023, projek perintis SMART SBB Ala-Sekinchan di Perlis di laporkan telah berjaya menghasilkan padi sebanyak 10.45 tan/ hektar. Kejayaan awal ini amatlah memberangsangkan. Tetapi, kejayaan awal ini masih pada skala yang sangat kecil dan belum menyeluruh ke serata negara.
Oleh yang demikian, secara keseluruhan, sasaran kadar SSR beras negara yang di tetapkan di bawah RMK-12 dan Dasar Agromakanan Negara amat sukar untuk di capai dalam tempoh masa berkenaan.
Berdasarkan data dan laporan sediada yang menjurus kepada kegagalan pencapaian sasaran pelaksanaan, adalah hampir mustahil kadar SSR beras negara masakini (56.2%) boleh melonjak kepada 75% pada tahun 2025, dan kepada 80% pada tahun 2030.
Mustahil! Inilah realitinya.