HomeUtamaSPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat swasta...

SPRM Sabah tahan pasangan suami isteri bekas CEO & pengarah syarikat swasta terbabit tuntutan palsu lebih RM650,000

Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan pasangan suami isteri kerana disyaki terlibat dalam tuntutan palsu kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) membabitkan pembekalan minyak diesel berjumlah lebih RM650,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pihak media hari ini mengesahkan perkara itu.

Katanya, pasangan suami isteri berusia lingkungan 50 hingga 60-an yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan bekas Pengarah Eksekutif di sebuah syarikat swasta ini dipercayai telah membuat kira-kira 15 tuntutan palsu daripada SESB.

“Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek dipercayai telah membuat kira-kira 15 tuntutan palsu sekitar tahun 2013 membabitkan kontrak pembekalan minyak diesel bagi kegunaan set jana kuasa elektrik yang diperoleh oleh syarikat tempat mereka bekerja.

“Namun pembekalan minyak berkenaan yang sebenar tidak sama seperti dalam tuntutan dibuat,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek telah ditahan sekitar jam 10.55 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Khas Rasuah Tawau pada Khamis ini bagi proses pertuduhan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, S. Karunanithy mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak terlibat dengan kegiatan pemalsuan dokumen berikutan ia merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan negara akan terus fokus kepada pembangunan luar bandar Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular