HomeUtamaJKNS laksana Ops Mega tentang rokok secara berhemah, penguatkuasaan pendidikan

JKNS laksana Ops Mega tentang rokok secara berhemah, penguatkuasaan pendidikan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kota Kinabalu : Operasi mega bersepadu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan dilaksanakan secara berhemah dan berbentuk Penguatkuasaan Pendidikan.

Pengarah JKNS Datuk Dr Asits Sanna berkata, langkah itu adalah bagi memberi kefahaman kepada golongan terkesan agar mematuhi kehendak tertentu di dalam Akta berkenaan.

Katanya, Kerajaan telah berbelanja besar untuk merawat pelbagai penyakit kronik akibat kesan merokok.  

“Atas sebab ini, intervensi awal perlu dilaksanakan bagi mengelak generasi masa hadapan daripada terjerumus kepada tabiat merokok dan untuk melahirkan generasi masa hadapan yang sihat tanpa asap rokok.

“Di atas kesedaran ini juga, kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengubal Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang merangkumi keperluan semua aspek termasuk peraturan, kesalahan dan hukuman setiap perlanggaran.

“Dijangka dengan penguatkuasaan akta ini, sedikit sebanyak telah menimbulkan kegusaran kepada pelbagai pihak termasuk peniaga, pemain industri dan masyarakat umum yang terkesan. Namun semua aspek ini telah diambil kira sebelum Akta 852 digubal dan diwartakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Ops Mega Bersepadu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di sini semalam.

Asits berkata, Malaysia adalah di antara negara di dunia yang telah menandatangani Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang meletakkan asas bagi penggubalan Peraturan-Peraturan Kawalan HasilTembakau yang lebih ketat, pada tahun 2003.

Katanya, pada 2004, Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau telah digubal dan dikuatkuasakan di seluruh Malaysia.

“Namun, berdasarkan kepada perkembangan teknologi, peraturan sedia ada tidak dapat meliputi beberapa elemen di dalam aspek penguatkuasaan. Atas Sebab ini, Akta 852   telah digubal dan    diwartakan    untuk dikuatkuasakan bermula 01 Oktober 2024.

“Selain kaedah merokok konvensional, cabaran masa kini adalah penggunaan rokok elektronik dan juga penggunaan bahan pengganti tembakau. 

“Beberapa kajian menyatakan prevalen penggunaan rokok elektronik semakin meningkat saban tahun. Atas sebab ini, elemen berkaitan penggunaan rokok elektronik dan bahan pengganti tambakau telah dimasukkan dalam liputan Akta 852,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

OBS beri ruang golongan wanita cuti bersalin lebih lama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular