HomeIsu tempatanKOPEKS, Al Hakim Travel and Tours kerjasama laksana perkhidmatan umrah

KOPEKS, Al Hakim Travel and Tours kerjasama laksana perkhidmatan umrah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu : Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) menjalin kerjasama strategik dengan sebuah agensi pelancongan Al Hakim Travel and Tours bagi melaksanakan perkhidmatan umrah kepada anggota KOPEKS.

Kerjasama itu dijalinkan menerusi satu perjanjian persefahaman (MoU) antara KOPEKS dan agensi pelancongan berkenaan.

KOPEKS telah diwakili pengerusinya Datuk Dr Saat Ag Damit dan Al Hakim Travel and Tours bagi diwakili pengurus syarikat Datuk Abdul Hakim Ghulam di sini semalam.

Saat dalam sidang medianya berkata, kerjasama strategik yang akan menyumbang kepada masyarakat khususnya anggota KOPEKS itu telah dirancang beberapa bulan lalu sebelum MoU dimeterai bersama.

“Kita telah menandatangani satu MoU bersama sebuah agensi pelancongan yang melaksanakan perkhidmatan umrah. Ini sesuai dengan strategi perniagaan KOPEKS yang mana kami akan kembangkan beberapa perniagaan.

“Bukan sahaja sekadar untuk kredit, tetapi juga kami ingin menyumbang kepada masyarakat lain yang mungkin akan menunaikan umrah.

“Jadi ini sesuai dengan konsep pentadbiran kami yang patuh syariah. Ini adalah salah satunya dan umrah ini bagi umat Islam memang dapat tarikan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hakim berkata, kerjasama strategik yang dijalin itu diyakini mampu menambah keyakinan masyarakat khususnya anggota KOPEKS selain memberi khidmat terbaik dalam perkhidmatan penyediaan umrah.

“Syarikat kita merupakan sebuah syarikat tempatan Sabah bukan saja inbound atau outbound, tapi kita lebih kepada umrah selain telah berkecimpung dalam perkhidmatan ini hampir empat tahun dalam menjayakan pengurusan umrah.

“Kerjasama menerusi MoU ini juga akan dapat menambah keyakinan masyarakat khususnya  di Sabah selain memberikan khidmat yang terbaik kepada jemaah -jemaah daripada negeri Sabah. 

“Saya ucap terima kasih kepada pihak KOPEKS atas kerjasama yang kita meterai pada kali ini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Seminar STEM platform pertukaran akademik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular