HomeUtamaAnak jati Sabah, bermula berniaga air balang kini jadi usahawan berjaya

Anak jati Sabah, bermula berniaga air balang kini jadi usahawan berjaya

Read Time:2 Minute, 44 Second

KLANG: Seorang anak jati Sabah tidak menyangka bermula dengan berniaga air balang berasaskan sarang burung walit secara kecil-kecilan menjadikannya ahli usahawan yang berjaya.

Pengarah urusan company DNA herbal pride industri sdn bhd, Nizam Ebin, 47, berasal dari Kampung Siasai Kumpang, Kota Belud, Sabah berkongsi pengalaman kejayaan beliau semasa ditemui kru Sabah Media di kilang tempat memproses produknya jenama Tsallee di Pandamaran, Klang pada Jumaat lalu.

Beliau pernah mengikuti kursus sebagai pelatih di Pusat Giat Mara, Kota Belud , Sabah, mengambil Kursus Kimpalan pada tahun 1996.

“Pada zaman itu belia-belia di kampung tidaklah banyak peluang pendedahan mengenai keusahawanan, hanya tertumpu pada seni, kemahiran dan perkhidmatan awam,” kata Nizam.

Menurutnya, untuk mencari peluang pekerjaan yg lebih baik beliau berhijrah ke Semenanjung dengan matlamat untuk mengubah nasib kehidupan keluarga.

“Pada ketika itu, kilang tempat saya bekerja, saya sebagai seorang kimpalan pada syarikat dari Taiwan yang memberi perkhidmatan menjual dan membaik pulih jentera industri seperti mini excavator.

“Pada tahun 2000 saya bertemu jodoh dengan orang Klang, Selangor, seawal perkahwinan kami ketika itu saya memang masih bekerja, isteri saya mencadangkan idea untuk berniaga pada setiap hujung minggu dan apa yang diniagakan harus cepat dan mudah, jadi saya kata menjual burger saja yang paling simple.

“Apabila kami baru dua bulan berniaga jual burger, berasa cabaran yang perlu saya hadapi dan bijak mengatur waktu agar tidak menganggu masa antara kerja dan menjual burger,” kongsinya.

Nizam berkata, sambutan jualan burger mereka sangat menggalakkan.

“Kami berniaga dikawasan perumahan taman tempat kami tinggal dan pada waktu itu sambutan sangat mengalakkan disebabkan tiada persaingan, saya beritahu isteri saya agar ambil produk Sabah berasaskan dari sarang burung walit dijadikan air minuman di campur dengan herba dan dijual dalam balang dengan harga RM 3 dan RM 5 secawan,” katanya.

Nizam berkata air balang yang dijual juga mendapat penerimaan dan permintaan yg baik dari pada pelanggan.

“Air balang yang kami jual juga mendapat sambutan dan permintaan dari pelanggan dan untuk memastikan bahan bekalan tidak terputus, saya sendiri turun pergi ke gua Gomantong, Sandakan, Sabah untuk membeli dan memproses semula disini, masa itu kami hanya beroperasi dari rumah,” katanya.

Jelas beliau lagi untuk meningkatkan lagi kualiti produknya, beliau harus mengikuti beberapa siri kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan.

“Untuk meningkatkan kualiti, produk kami berdaftar dan mengikuti kursus yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti MARDI, JV, FAMA dan SIRIM.

“Bagi menampung permintaan yang tinggi kami menyewa permis kilang industri yang berstatus GMP dan HACCP,” katanya.

Beliau berkata produk jenama Tsallee boleh didapati di Mall Aeon, Mydin, Lulu, Rosyamart, NSK dan kini ianya semakin berkembang ke pasaran global iaitu di Naning, China dan China Town di USA.

“Sebagai seorang usahawan saya perlu tingkatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap setiap produk agar produk kekal bertahan di pasaran.

“Buat belia-belia Sabah yang berada di sini Selangor, jangan takut untuk mencuba dalam bidang keusahawanan, sama -samalah kita memperingati diri sendiri gagal sekali tidak semestinya gagal selama lamanya, kalau tidak pecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,” ujarnya.

Sehubungan dengan itu beliau berharap kepada pihak kerajaan negeri dan pusat, sekiranya dapat membantu beliau dalam penambahan peralatan mesin dan packging.

“Dengan bantuan tersebut, kami boleh menampung pengeluaran produk untuk dieksport ke negara China, ini juga sekali gus dapat meningkat kan ekonomi negeri Sabah dan juga Malaysia amnya,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular