HomeUtamaGISBH : Ajaran, amalan ahli jemaah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam

GISBH : Ajaran, amalan ahli jemaah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam

Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh SABAH MEDIA TEAM

Kota Kinabalu : Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan bahawa ajaran, amalan, pegangan dan fahaman ahli jemaah Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISBH) dan rangkaian syarikat gabungannya adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah al-Asyairah dan al-Maturidiah.

Pejabat Mufti Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, penyelewengan itu turut meliputi aspek akidah, syariah, akhlak, kekeluargaan, kemanusiaan, muamalah ekonomi dan membawa kepada perpecahan umat serta boleh mengancam

Muzakarah khas itu telah bersidang pada 1 dan 2 Oktober yang lalu.

“Antara penyelewengan dari Sudut Akidah adalah seperti meyakini Abuya (Ashaari Mohammad) ghaib dan akan muncul bersama imam Mahdi (Syeikh Suhaimi) sebagai pembantu Imam Mahdi di akhir zaman.

“Meyakini amalan bertabarruk yang bercanggah dengan syarak seperti bertabarruk dengan apa-apa yang digunakan oleh pemimpin GISBH antaranya makan dan minum air basuhan tangan, rendaman gigi, janggut dan lain-lain,” menurut kenyataan itu di sini.

Kenyataan itu turut berkata, penyelewengan dari sudut syariah pula adalah mendakwa solat Jumaat tidak wajib kerana belum tertegak kerajaan Imam Mahdi.

Selain itu, penyelewengan sama termasuk menunaikan solat Jamak Qasar secara berterusan dengan alasan dalam perjuangan fisabililah.

Dalam pada itu, muzakarah khas itu turut memutuskan terdapat penyelewengan dari sudut muamalah ekonomi seperti penyalahgunaan rumah amal untuk mendapatkan sumbangan daripada kerajaan dan orang ramai.

“Selain itu, eksploitasi ahli (pekerja) seperti kerja tanpa gaji dan pembayaran wang tugasan harian dan penyelewengan-penyelewengan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Sehubungan dengan itu, mana-mana ahli jemaah GISBH dan orang Islam yang mengamalkan fahaman dan ajaran GISBH wajib bertaubat serta meninggalkan fahaman dan ajaran tersebut dengan segera,” tambah kenyataan itu lagi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular