HomeUtamaSabah berada di bawah kepimpinan yang tepat - Nizam

Sabah berada di bawah kepimpinan yang tepat – Nizam

Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Sabah merupakan di antara lima negeri yang menerima sijil Ketua Audit Negara bagi Pendapat Tanpa Teguran (Unmodified Opinion) untuk Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2023 yang telah dikemukakan di antara Januari hingga Jun 2024.

Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam kenyataan berhubung Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2024 mengenai Kerajaan dan Agensi Negeri yang dibentangkan di Parlimen berkata, lima negeri yang menerima sijil ini adalah Johor, Pahang, Perak, Sarawak, dan Sabah.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam merangkap Ketua Penerangan Gagasan Rakyat,
Abu Bakar Titingan berkata pencapaian ini adalah bukti kepada tadbir urus kewangan yang kukuh dan ketelusan yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

“Di bawah Gabungan Rakyat Sabah Pakatan Harapan Plus (GRS-PH Plus), kita kekal komited untuk memastikan setiap dana awam diuruskan dengan bertanggungjawab. Pengiktirafan daripada Audit Negara ini membuktikan bahawa Sabah sememangnya berada di bawah kepimpinan yang baik dan stabil dari segi kewangan.

“Perlu saya tegaskan bahawa kejayaan ini tidak datang secara kebetulan. Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) adalah kunci utama kepada kemajuan dan kestabilan negeri Sabah.

“Pelan ini memberi fokus kepada pembangunan yang menyeluruh dan berterusan, termasuk sektor ekonomi, sosial, dan infrastruktur, memastikan bahawa kita dapat memberikan peluang kepada semua lapisan masyarakat.

“Melalui pelan ini, kita tidak mengabaikan kepentingan untuk menggunakan dana awam ke tempat-tempat yang kritikal dengan cermat,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Nizam, pada hakikatnya bahawa penyata kewangan Sabah telah diterima tanpa sebarang isu atau teguran menunjukkan bahawa kita berada di landasan yang tepat ke arah kestabilan fiskal dan pertumbuhan jangka panjang.

“Ini juga mencerminkan usaha berterusan kita dalam melaksanakan program pembangunan yang berpaksikan keperluan rakyat, serta komitmen kita untuk memastikan kebajikan rakyat Sabah terjamin.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua jabatan, agensi, dan pihak berkepentingan yang telah memainkan peranan dalam mengekalkan tahap akauntabiliti kewangan yang tinggi ini,” katanya.

Justeru, katanya, kerajaan Sabah akan terus mengutamakan kesejahteraan rakyat melalui pengurusan kewangan yang cermat dan memastikan Sabah kekal sebagai contoh tadbir urus yang baik di Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular