HomeUtamaESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

ESSCOM lancar OGL Khas, lumpuhkan kegiatan JRS

Read Time:1 Minute, 34 Second

Kudat : Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) melancarkan Operasi Gasak Laut (OGL) Khas secara besar-besaran bagi melumpuhkan mobiliti kegiatan jenayah rentas sempadan  (JRS) selain membasmi lokasi ‘staging point’ elemen JRS.

Pelaksanaan OGL itu telah dijalankan di Kampung Sibogo Pondoh, Pulau Bankawan, di sini pada 16 Oktopber lalu .

Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos berkata, seramai 228 individu dan 200 buah rumah termasuk premis kedai telah diperiksa secara bersepadu oleh pihak berkuasa di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Katanya,OGL Khas itu dilaksanakan  bagi membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), mengekang elemen JRS melibatkan penyeludupan kontraban dan barang kawalan serta kesalahan-kesalahan lain yang boleh mengancam keselamatan serta kesejahteraan masyarakat ESS Zone.

“Saya amat memandang serius akan aduan awam berhubung kesalahan-kesalahan tersebut. Oleh itu, OGL Khas ini telah menyasarkan pemeriksaan secara besar-besaran untuk melumpuhkan mobiliti kegiatan JRS selain membasmi lokasi staging point elemen JRS.

“Di samping itu, kehadiran pasukan keselamatan secara terkoordinasi juga akan mewujudkan elemen pencegahan, menjamin keselamatan dan meningkatkan kesejahteraan komuniti dalam kawasan perairan dan pesisir pantai Kudat, khasnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Victor berkata, pihaknya turut menzahirkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota jabatan dan agensi penguatkuasaan dan keselamatan terlibat atas kerjasama menjayakan operasi tersebut. 

Katanya, ESSCOM komited dalam membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan terutamanya di ESS Zone bagi menyokong pembangunan negara dan pengukuhan sosioekonomi Masyarakat.

Katanya, ia berlandaskan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan dan kemampanan demi memastikan hasrat Agenda Malaysia Madani dicapai.

“ESSCOM akan terus memperhebatkan operasi bersepadu seumpama ini ke daerah-daerah ESS Zone bagi mengekang mana-mana elemen jenayah rentas sempadan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan dan kesejahteraan awam di pantai Timur Sabah.

“Sehubungan itu, masyarakat diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang insiden keselamatan di ESS Zone ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau melalui aplikasi Whatsapp di talian  011-63311072,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO ESSCOM

RELATED ARTICLES
Utama

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular