HomeUtamaProgram Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah bermula hari ini

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah yang bermula hari ini sehingga Ahad di pekarangan Kompleks Sukan Likas di sini bakal menyediakan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat kepada pengunjung.

Program yang akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim esok itu turut menyediakan 215 Perkhidmatan Touchpoint Rakyat, 28 perkhidmatan kos sara hidup dan aktiviti untuk belia.

Antara program dan aktiviti yang berlangsung hari ini adalah seperti persembahan kebudayaan Sabah; perkhidmatan kesihatan; kaunter pembayaran saman PDRM; pameran aset Kerajaan; jualan agro dan mega madani; karnival kerjaya dan penukaran topi keledar.

Selain itu, turut diadakan adalah persembahan wayang kulit dan tayangan siaran langsung pembentangan Belanjawan 2025 pada jam 4 petang.

Dalam pada itu, sebanyak 10 buah perkhidmatan bas ulang alik secara percumadisediakan bagi kemudahan pengunjung ke pekarangan Kompleks Sukan Likas sepanjang program berlangsung.

Perkhidmatan itu disediakan bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam pada hari Jumaat dan Sabtu, manakala 8 pagi hingga 6 petang pada hari Ahad.

Lokasi pick-up dan drop-off penumpang adalah dari Padang Merdeka ke Kompleks Sukan Likas.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, seramai 400,000 orang pengunjung dijangka hadir sepanjang program berlangsung. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular