Read Time:27 Second
Kota Kinabalu : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Sabah hari ini di ibu negeri.
Perdana Menteri dijadual tiba di Kota Kinabalu kira-kira jam 11 pagi ini sebelum menghadiri Perasmian Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).
Sejurus selepas itu, Perdana Menteri akan merasmikan Program Madani Rakyat 2024 Sayangi Sabah di perkarangan Kompleks Sukan Likas.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut dijadual hadir pada kedua-dua program berkenaan.
Anwar dijadual berlepas pulang pada petang hari ini. – SABAH MEDIA