HomeIsu tempatanLebih 350 peserta sertai ‘Pink Ribbon Charity Ride’

Lebih 350 peserta sertai ‘Pink Ribbon Charity Ride’

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Seramai lebih 350 peserta telah menyertai program ‘Pink Ribbon Charity Ride’ yang diadakan bersempena kempen kesedaran kanser payudara di sini semalam.

Kayuhan sejauh 50 kilometer bermula di Padang Merdeka itu dilepaskan Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

Program anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) cawangan Bandaraya Kota Kinabalu dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) itu adalah bertujuan bagi meningkatkan lagi kesedaran berkaitan kanser payudara.

Sabin ketika berucap berkata, program itu bukan sekadar acara riadah atau kayuhan amal semata-mata malah ia merupakan satu inisiatif penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kanser payudara serta menekankan kepentingan pemeriksaan awal dan rawatan segera.

Katanya, pemeriksaan awal mampu menyelamatkan nyawa dan memberi peluang pemulihan yang lebih besar kepada mereka yang menghidap kanser ini.

“Oleh itu, melalui program ini, kita berharap agar kesedaran masyarakat akan terus meningkat, terutamanya mengenai langkah pencegahan dan rawatan di peringkat awal.

“Kesedaran awal tentang kanser payudara merupakan kunci utama dalam mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang pemulihan bagi pesakit.

“Pada hari ini, kita bukan hanya berkumpul untuk menyertai kayuhan sejauh 50KM, tetapi juga untuk mengingatkan diri kita dan masyarakat tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan diri dan orang yang kita sayangi,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS anjur Karnival Usahawan Mahasiswa sempena Hari Kanak-kanak Borneo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular