HomeIsu tempatanOrang ramai dipelawa meriahkan Malam Citrawarna 1 November ini

Orang ramai dipelawa meriahkan Malam Citrawarna 1 November ini

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu:  Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Malam Citrawarna Tamu Besar Kota Belud yang akan berlangsung di Padang Pekan Kota Belud, 1 November ini.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Amal Kasih Kota Belud, Datin Vinnie@ Nursyahirah Abdullah berkata, selain persembahan artis-artis tempatan, acara itu juga bakal memperagakan keunikan busana-busana dari pelbagai etnik di daerah tersebut.

“Selain artis-artis tempatan, Pentarama dari Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah juga bakal membuat persembahan bagi menghiburkan orang ramai yang hadir.

“Malam Citrawarna juga akan memperagakan kepelbagaian dan keunikan busana-busana dari pelbagai etnik di Kota Belud akan diperagakan oleh bekas Unduk Ngadau, Undul Tindal serta Ratu Serimpak yang dijemput khas bagi acara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat kunjungan hormat kepada Pengarah JAPEN Sabah, Jainisah Mohd Noor di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi di sini

Nursyahirah berkata, sebagai pembuka tirai Tamu Besar Kota Belud 2024, Festival Tari Tempasuk akan diadakan di Dewan Al-Arsad Tempasuk pada 25 Oktober ini.

“Dalam festival tersebut akan diadakan pertandingan akhir tarian etnik kreatif kategori sekolah menengah dan juga terbuka yang turut disertai peserta-peserta dari negeri lain seperti Johor serta Sarawak.

“Selain itu juga beberapa aktiviti turut diadakan yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta kepada pengunjung yang bertuah nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nursyahirah berharap kerjasama dengan agensi kerajaan seperti JAPEN Sabah akan dapat membantu memeriahkan lagi acara berkenaan, di samping menyampaikan informasi kepada orang ramai nanti.

Perasmian Tamu Besar Kota Belud dijangka dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 2 November depan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular