HomeIsu tempatanProgram amal berupaya bantu kebajikan pelajar kurang berkemampuan

Program amal berupaya bantu kebajikan pelajar kurang berkemampuan

Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Golf Amal Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Salleh Ranau berupaya membantu kebajikan pelajar cemerlang khususnya yang kurang berkemampuan.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin berkata, pihaknya turut berharap agar lebih banyak badan bukan Kerajaan (NGO) atau persatuan terlibat dalam aktiviti membantu pelajar cemerlang.

“Dari apa yang saya amati dari objektif dan matlamat penganjurannya amatlah murni dan saya tidak hairan jika ianya mendapat sambutan dan sokongan khususnya dari alumni- alumni SMK Mat Salleh Ranau sendiri. 

“Tentunya kita mengharapkan akan ada lebih banyak lagi NGO atau persatuan mengikut jejak langkah seperti ini khususnya dalam rangka merancang dan melaksanakan  aktiviti  kebajikan  untuk  murid-murid  atau  pelajar cemerlang lebih-lebih lagi kepada murid-murid yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan Golf Amal Persatuan Alumni SMK Mat Salleh Ranau di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Alumni SMK Mat Salleh Ranau Datuk Rusdin Riman dan Pengerusi Penganjur Golf Amal Juhilin Takun. 

Jonathan berkata, golongan tersebut perlu dibantu dari segi ekonomi dan seumpamanya agar dapat memberikan mereka ruang untuk melonjakkan lagi kecemerlangan dalam pendidikan.

“Kalau kita lihat misalnya baru-baru ini , tular di media sosial tentang kisah seorang pelajar lepasan STPM dari pedalaman yang layak memasuki universiti namun terhalang atau terlewat sedikit kerana ibubapanya tidak dapat menyediakan kelengkapan asas termasuk wang pendaftaran masuk ke universiti.

“Namun syukurlah kerana ada pihak yang tampil membantu termasuk bantuan dan keprihatinan dari pihak universiti berkenaan sendiri. Jadi golongan sasar seperti inilah yang amat-amat memerlukan bantuan kita khusunya persatuan Alumni,” katanya.

Dalam pada itu, Jonathan berkata, sukan golf bukan sekadar permainan tetapi ia mengajarkan prinsip-prinsip hidup yang penting, termasuk integriti, kesabaran, fokus, dan tanggungjawab. 

Lebih menarik dalam sukan ini adalah pemain bertanggungjawab untuk mengawasi skor mereka sendiri. 

“Ini menuntut kejujuran kerana tidak ada pengadil yang terus- menerus memantau permainan. Pemain perlu bersikap jujur dalam melaporkan pukulan mereka walaupun tiada orang yang memerhatikan.

“Oleh itu saya percaya, kejayaan penganjuran Golf Amal ini yang tentunya diilhamkan oleh Datuk Rusdin dan jawatankusa beliau ini tentu berkait rapat dengan falsafah-falsafah dari permainan sukan golf yang saya tadi,” katanya. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular