HomeUtamaSegera laksana bina jalan dua hala dari Batu 16 hingga Batu 32...

Segera laksana bina jalan dua hala dari Batu 16 hingga Batu 32 di Sandakan – Vivian

Read Time:2 Minute, 5 Second

SANDAKAN: Ahli Parlimen DAP Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, menyeru kerajaan persekutuan agar segera melaksanakan pembinaan jalan dua hala dari Batu 16 hingga Batu 32 di Sandakan. 

Beliau yakin Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Kerja Raya (KKR) memahami sepenuhnya keperluan projek ini bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin mendesak di kawasan laluan utama untuk keluar dan masuk ke Sandakan.

Beliau membuat kenyataan ini selepas mengajukan soalan tambahan kepada Menteri KKR, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengenai isu tersebut semasa sesi soal jawab menteri pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Sidang Parlimen Ke-15 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Dalam sesi soalan sama, Vivian juga meminta kementerian menyatakan data berkaitan jumlah purata kenderaan yang menggunakan jalan tersebut mengikut pecahan kenderaan berat dan kecil. 

Jelasnya, jalan ini sangat penting untuk dinaiktaraf dengan segera kepada dua lorong kerana selain kenderaan kecil, ia juga digunakan oleh kenderaan pengangkutan dan logistik yang berat di laluan sehala yang sama dari Batu 16 hingga Batu 32 setiap hari.  

Menerusi jawapan Menteri kepada Vivian, Alexander memberitahu bahawa kementeriannya telah memasukkan fasa pertama hingga fasa ketiga projek Libaran Bypass Batu 16 hingga Batu 32 Sandakan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas, di bawah pelan pusingan kelima dimana projek ini kini sedang dalam proses kelulusan agensi pusat.

Manakala menurut data lalulintas, jelasnya, tahap perkhidmatan jalan tersebut berada pada tahap F, yang menunjukkan tahap kesesakan yang teruk, dengan kira-kira 18,851 kenderaan menggunakan laluan itu dalam tempoh 16 jam setiap hari.

Bilangan tersebut terbahagi kepada 57.5 peratus (%) kereta dan teksi dengan jumlah 10,847 manakala 27.7% van dan kenderaan utiliti dengan jumlah 5,225 sementara 5.8% lori sederhana berat dengan jumlah1,093 

Manakala 5.2% lori berat dengan jumlah 975 dan 0.3% bas dengan jumlah 55 serta dan 3.5% motorsikal dengan jumlah 656 setiap hari.

Sementara itu, Vivian juga bertanya perkembangan penyelenggaraan jalan-jalan di kawasan luar bandar Sandakan serta isu penyelenggaraan lampu jalan.

Menteri menjawab bahawa Kementerian Kewangan telah memperuntukkan sebanyak RM221 juta tahun ini untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan jalan Persekutuan yang tertangguh (backlog) di Sabah, termasuk RM44.6 juta untuk 24 projek pembaikan jalan Persekutuan di Sandakan.

Manakala RM300,000 juga telah diperuntukkan pada tahun 2023 untuk kerja-kerja pembaikan lampu jalan dan jumlah ini telah dinaikkan kepada RM1.6 juta pada tahun 2024. 

Bagi permohonan pula, jelasnya, sebanyak RM9.6 juta dipohon Jabatan Kerja Raya Sabah untuk penyelenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat dimana kementerian akan memperuntukkan dana secara berperingkat untuk kerja-kerja pembaikan tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

JIM Sabah tahan 64 PATI atas pelbagai kesalahan imigresen sekitar Beaufort...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular